Restoran Santan airasia yang menyajikan ‘best nasi lemak in town’ menawarkan aktiviti menarik dan tiket penerbangan percuma* sempena airasia’s Santan Mini Carnival yang bakal berlangsung di tujuh cawangannya mulai 18 September hingga 30 Oktober 2022.
Santan, sebuah jenama tempatan yang terkenal dengan pelbagai hidangan berinspirasikan Asean seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Indomee dan banyak lagi, akan menganjurkan kempen selama tujuh minggu di seluruh cawangan restorannya.
Para pelanggan berpeluang untuk mencuba mesin ‘Wind Chamber’ dan ‘Hand Claw’ istimewa yang menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi setiap perbelanjaan minimum RM35 dalam satu resit.
Antara hadiah menarik termasuk hadiah utama tiket penerbangan ke Maldives atau Bangkok.
Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi baucar dan hadiah eksklusif daripada airasia ride, airasia travelmall, airasia food serta diskaun sehingga 50% untuk penginapan hotel dan sehingga 10,000 mata ganjaran airasia rewards.
Sebagai bonus tambahan, pelanggan juga boleh memenangi baucar Santan yang menjadi rebutan! Mesin ‘Wind Chamber’ dan ‘Hand Claw’ tersebut akan tersedia di cawangan-cawangan ini pada tarikh berikut:

Sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 2019, Santan kini mempunyai 11 cawangan di seluruh Lembah Klang.
Pelanggan boleh berkunjung ke restoran Santan yang terletak di AEON Shah Alam, IOI Mall Puchong, KL East Mall, Kompleks PKNS Shah Alam, NU Sentral, Setia City Mall, Sunway Pyramid dan RedQ (ibu pejabat AirAsia), manakala Kafe Santan terletak di The Gardens MidValley, RedQ dan RedStation (ibu pejabat airasia Super App) di KL Sentral.




































