Jenama teknologi global HONOR menegaskan komitmennya di pasaran antarabangsa semasa ucapan pada pembentangan IFA di Berlin, Jerman hari ini.

Pada konvensyen tersebut, HONOR memperkenalkan sistem MagicOS 7.0, iaitu OS All-Scenario kolaborasi pintar, selepas memperkenalkan peranti terbaharu iaitu telefon pintar HONOR 70, tablet HONOR Pad 8 dan komputer riba HONOR MagicBook 14 2022 kepada pasaran global.

Ketiga-tiga produk tersebut sudah dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos lalu. Pemain baharu di pentas konvensyen IFA Untuk makluman, konvensyen IFA hanya mengetengahkan jenama-jenama teknologi tersohor sahaja.

Ini bermakna HONOR diiktiraf sebagai pemain baharu setanding dengan Apple, HUAWEI dan Samsung oleh pasaran antarabangsa selepas bergelar syarikat bebas lebih setahun lalu.

“Sejak penubuhan kami, HONOR sentiasa bercita-cita memberi sumbangan hebat
kepada industri untuk masa depan lebih baik bagi semua. Untuk mencapai sasaran
tersebut, kami fokus dengan komitmen untuk berinovasi,” kata Ketua Pegawai
Eksekutif HONOR Device Co Ltd, George Zhao.

Meraikan Penghubung Masa Hadapan dengan MagicOS

HONOR memperkenalkan MagicOS 7.0, rekaan OS baharu yang direka untuk menyediakan pengalaman lancar merentasi platform silang dan peranti silang. Ia bersesuaian dengan Android serta sistem operasi PC dan IoT. Dengan adanya MagicOS 7.0, peranti yang menggunakan OS berbeza-beza boleh disambung ke peranti MagicOS pada peringkat sistem.

Selain pengubahan interface pengguna baharu, MagicOS 7.0 membolehkan pengguna mengawal komputer riba, telefon pintar dan tablet HONOR menggunakan satu papan kekunci dan tetikus.

Melalui ciri-ciri itu juga, pengguna boleh memindahkan fail serta teks ke telefon pintar atau tablet dengan papan kekunci komputer riba mereka. MagicOS 7.0 akan diumumkan secara rasmi pada suku keempat 2022.

Melangkah lebih jauh, HONOR meluaskan usaha samanya dengan Microsoft untuk membawa Phone Link kepada pengguna peranti HONOR antarabangsa. Phone Link
membolehkan pengguna menghubungkan telefon pintar tertentu HONOR ke
komputer Windows untuk membuka satu lagi kebolehan peranti silang baharu,
termasuk keupayaan melihat notifikasi, membuat dan menerima panggilan di
komputer dan mengguna aplikasi telefon di Windows.

HONOR Magic4 Pro antara model telefon pintar HONOR antarabangsa pertama yang menyokong Phone Link, sementara HONOR 70 turut menyokong Phone Link selepas kemas kini OTA.

Selain itu, bermula Oktober, aplikasi HONOR Health yang ditambah baik akan menyediakan antara interfaces yang disesuaikan mengikut peribadi pengguna serta menawarkan cadangan senaman dan program latihan mengikut gaya hidup pengguna, sekaligus membantu pengguna telefon pintar mencapai sasaran kesihatan mereka.