Giant Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan.

Ini dijangka akan tercapai dengan pelancaran Kempen “Have You Eaten?” atau ‘Sudah Makan?’, di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan.

Bersama-sama dengan kempen ini, Giant Malaysia juga memberi sumbangan sebuah lori penghantaran Giant, kepada The Lost Food Project (TLFP), sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan mereka.

Pelancaran itu disaksikan oleh Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Pasaraya Giant Setapak.

Kempen yang dinamakan “Have You Eaten?”, sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang
memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.

Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan), Lee Yik Hun berkata: “Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini.

“Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi
menampung kehidupan seharian mereka.”

“Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka
perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik
dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.”

‘Sudah Makan?’

Kempen ‘Sudah Makan?’ bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant, di mana bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos.

Sumbangan beras Meadows ini dianggarkan akan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan, di mana ia merupakan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP.

Kempen “Sudah Makan?” ini akan menyaksikan Giant turut bertumpu dan berusaha lebih
gigih menderma makanan, terutamanya beras, bagi memenuhi permintaan yang paling
banyak ketika pemberian sumbangan, kerana ia merupakan makanan ruji yang penting.

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta
semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program
sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP.

Giant Food Rescue x TLFP

Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan
TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian. Kini dengan
Kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya
yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi
sumbangan bagi kategori makanan Segar & Kering.

Yik Hun berkata penambahan ini adalah perlu kerana kini terdapat lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan, terutamanya pasca pandemik, di mana ianya telah menjejaskan lebih ramai orang dalam komuniti di sekeliling kami.”

“Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program
ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya
mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami
untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan
bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.”

Sumbangan Makanan Giant x TLFP

Pada pelancaran hari ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan
TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan
keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200
buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus.

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Diantara barangan
makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan
seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19
dan beberapa barangan runcit.

Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan.

Beliau berkata, “Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat
yang mengalami krisis kekurangan makanan.

Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” ulas Kia Ann.

Beliau berkata, pihaknya merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim.

Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan,” kata Abdul Wahap Long, wakil dari The Lost Food Project.

Dermaan makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk
mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil
satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah
lori penghantaran Giant.

Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang.