Merchantrade kembali sebagai rakan pengurup wang rasmi Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) buat kali ke-tujuh yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia KL dari 2-4 September 2022.
Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), ialah syarikat fintech terkemuka, pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang terbesar di Malaysia, dan penerbit e-Money yang sedang berkembang pesat.
Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, penganjuran MATTA Fair tepat pada masanya dengan kebangkitan semula aktiviti pelancongan di seluruh dunia.
Justeru, membuka peluang kepada pengembara dan pelancong Malaysia untuk mendapatkan tawaran pelancongan terbaik.
“Kami teruja untuk menyertai pameran pelancongan terbesar ini sekali lagi selepas
dua tahun tidak dianjurkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di
Malaysia bagi mencegah penularan COVID-19.
Dengan pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa, pengembara kini mula merancang percutian impian mereka. Lazimnya, fasa perancangan menjadi langkah pertama untuk merasai pengalaman pengembaraan yang hebat.
“Sasaran kami untuk menjadi sebahagian daripada fasa perancangan dengan menawarkan kadar pertukaran yang terbaik dan kemudahan pembayaran di mana jua, pada bila-bila masa sahaja kepada semua.
“Melalui Kad Merchantrade Money, kami akan menjadi teman berharga kepada pengembara dengan menawarkan pelbagai faedah pengembaraan, tanpa risau! ” katanya.
Kad Merchantrade Money memudahkan pengembara untuk melakukan segala transaksi kewangan secara digital.
Pengembara boleh membeli, menyimpan dan menjual sehingga 20 mata wang di dalam aplikasi, melakukan pemindahan wang dalam talian, pemindahan wang dari kad ke kad, menyemak baki dan tambah nilai prabayar talian mudah alih (domestik dan antarabangsa), membeli insurans mikro, menukar tetapan kad untuk keselamatan tambahan, dan menjejak perbelanjaan mereka (melalui e-penyata) dengan menggunakan aplikasi mudah alih Merchantrade Money.
Gerai Merchantrade akan ditempatkan di F1 – F4, Dewan 3. Pusat Dagangan Dunia, KL. Merchantrade Money menyediakan kemudahan pendaftaran secara terus kepada semua pengunjung, berpeluang mendapat Hadiah Percuma apabila mendaftar dan juga berpeluang untuk memenangi baucar Spin the Wheel & Win.
Pelanggan setia sekali lagi akan diberi ganjaran di Pameran MATTA dan pengunjung berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan inovatif Merchantrade, termasuk Kad Merchantrade Money.