Pengguna boleh menebus satu tiket penerbangan pergi balik secara percuma ke Langkawi untuk setiap sepuluh tempahan melalui airasia food dengan menggunakan kod penebusan FREEFLIGHT untuk setiap pesanan dari 1 sehingga 31 Ogos.
airasia food, cabang penghantaran makanan airasia Super App, akan melancarkan kempen promosi khas untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia, sambil menggalakkan pelancongan domestik bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini.
Dengan satu penerbangan pergi balik secara percuma* ke Langkawi untuk setiap sepuluh pesanan makanan yang dibuat di platform tersebut.
Sepanjang bulan Ogos (1-31 Ogos 2022) ini, ikuti langkah mudah di bawah untuk memastikan anda boleh menebus penerbangan pergi balik secara percuma* ke Langkawi:
Masukkan kod penebusan FREEFLIGHT semasa membuat pembayaran untuk setiap pesanan yang dibuat sepanjang bulan Ogos, dengan hanya perbelanjaan minimum RM25 setiap pesanan.
Apabila mencapai 10 pesanan menggunakan kod penebusan FREEFLIGHT, anda akan menerima notifikasi bersertakan kod baucar unik dalam masa seminggu (7 hari) selepas 31 Ogos untuk menempah penerbangan anda dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang ke pulau percutian Langkawi!
Hanya pilih tarikh dan masa pilihan anda untuk menempah penerbangan AirAsia ke percutian Langkawi anda yang seterusnya, dan masukkan kod baucar unik semasa membuat pembayaran di bahagian E-Gift Voucher.
Setelah menerima kod baucar unik untuk penerbangan percuma, pengguna boleh mula menempah penerbangan mereka mulai 1 September sehingga 14 September 2022 dan mula melancong dari 1 September hingga 30 November 2022.