Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), mengumumkan kerjasama dengan Rinani Genotec Sdn Bhd (Genotec) untuk menawarkan ujian genetik berasaskan sukan.
Pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka itu memberitahu anak syarikat milik penuh Kumpulan, MGRC Therapeutics Sdn Bhd (MGRCT), bekerjasama dengan Rinani Genotec Sdn Bhd (Genotec) untuk menawarkan ujian genetik berasaskan sukan.
Genotec merupakan firma teknologi bioperubatan yang memberi tumpuan kepada rawatan sel stem dan ujian genetik, kini menawarkan ujian DNA sukan dan kecergasan terus kepada pengguna yang membolehkan individu memahami dengan lebih baik profil genetik mereka dalam bidang sukan dan kecergasan.
“Keputusan ujian termasuk kategori seperti metabolisme dan penggunaan tenaga, prestasi otot, tindak balas kepada latihan kardiovaskular, pengurusan berat badan, metabolisme nutrien, kesihatan tulang dan sendi, serta keupayaan dan prestasi mental. Maklumat itu kemudiannya boleh disepadukan oleh individu ke dalam gaya hidup mereka untuk meningkatkan prestasi sukan dan kecergasan harian mereka, kata MGRC di sini hari ini.
Kerjasama itu akan menyaksikan kedua-dua pihak berunding dan bekerjasama dalam ujian profil genetik berasaskan sukan dan pemasaran perkhidmatan ini.
Selain itu, Genotec juga akan bekerjasama rapat dengan MGRCT dalam pemasaran ujian saringan penuh Dtect Malaysian Genomics.
Pengarah MGRC Datuk Alvin Joseph berkata, kerjasama ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah merealisasikan visi kami untuk menjadi syarikat sains hayat bersepadu yang terulung.
Ujarnya, dengan bekerjasama dengan pakar dalam sains sukan, pihaknya kini telah merintis profil saringan genetik yang direka khusus untuk atlet profesional dan amatur serta peminat kecergasan setiap hari.
“Sains genetik mempunyai sejarah yang panjang dalam sukan profesional dan melalui profil baharu ini kami boleh menyokong ahli sukan dalam mengejar prestasi puncak mereka.” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Genotec Julian Koay berkata, dengan pengalaman MGRC dalam bidang genetik, apa yang telah dibangunkan boleh menjadi pengubah permainan untuk atlet dan bakat sukan.
“Kami akan menggunakan profil genetik sukan baharu ini untuk memperibadikan kecergasan, sukan dan rejim pemulihan ahli sukan, untuk meningkatkan prestasi mereka.” katanya.