Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Laut Sedunia baru-baru ini, Persatuan Benih Hijau sedang bekerjasama dengan para belia tempatan dari KampungNelayan Bagan Sungai Besar untuk menganjurkan Pesta Laut Sedunia pada 26 Jun 2022 di Dewan
Serbaguna MPKK, Bagan Sungai Besar.

Acara tahun ini yang bertemakan Kemampanan Alam Sekitar, Kelestarian Lautan mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan alam sekitar untuk seisi keluarga.

Ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman serius daripada
pemanasan global dan pencemaran alam sekitar terhadap kehidupan.

Isu-isu kritikal ini tidak boleh diabaikan kerana ianya boleh menjejaskan persekitaran hidup pada masa depan.

Hee Loy Sian, penaja dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor berkata, “Menerusi aktiviti berasaskan pengalaman di Pesta Laut Sedunia, ia boleh meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pencemaran laut, dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan marin serta alam sekitar.

Komuniti tempatan boleh belajar bersama cara-cara untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan menambah baik kebersihan persekitaran. Kesemua faktor-faktor ini boleh mempengaruhi persekitaran semasa dan masa depan.”

Bendahari Persatuan Benih Hijau, Ng Ja Wei berkata, “Kami ingin menjemput orang ramai,
terutamanya para ibu bapa dan anak-anak untuk menghadiri acara bermakna ini.

Kami berharap agar maklumat yang diperolehi melalui pesta ini boleh membantu meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar di kalangan orang ramai, disamping membina konsep penjagaan persekitaran, pengurangan penggunaan plastik, pembersihan perkampungan nelayan, serta pemeliharan lautan dan hutan paya bakau.

Dengan meletakkan usaha untuk melindungi alam sekitar di sekeliling kita ini, ia akan
membantu untuk memelihara penghidupan kita di masa depan.”

Semua aktiviti adalah terbuka kepada orang ramai. Pra-pendaftaran untuk menyertai Kampung Nelayan Fun Walk boleh dibuat di laman sesawang bit.ly/KampungNelayanFunWalk dan ianya terhad kepada 100 peserta sahaja.

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50 seorang, termasuk baju jersi sukan, lencana penyertaan dan cenderahati.

Pihak penganjur mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke Pesta Laut Sedunia untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam penjagaan alam sekitar.