Volvo Car Finance meletakkan keutamaan tertinggi pada perkhidmatan pelanggan dan kepuasan dengan tawaran yang direka untuk memberikan pengalaman premium Volvo.
Kelebihan utama Volvo Car Finance termasuklah:

 Kadar faedah serendah 1.88% setahun (setara dengan kadar rata) untuk semua
kenderaan Volvo bagi semua tempoh pembiayaan;
 Tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun, dengan jumlah kemudahan maksimum sebanyak RM500,000;
 Pilihan untuk memasukkan Pakej Penyelenggaraan dan Aksesori Prabayar ke dalam
kemudahan pembiayaan;
 Kemudahan yang serupa dengan pinjaman perumahan atau pembiayaan yang
membolehkan pengurangan baki pokok dan caj keuntungan

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkata dengan kadar pembiayaan menggalakkan dan ansuran bulanan, memiliki kenderaan Volvo tidak pernah semudah sekarang bagi rakyat Malaysia.

“Melalui Volvo Car Finance, kami memperkasakan pelanggan kami untuk merasai pengalaman pemilikan peribadi mereka, kerana Volvo terus menawarkan kemewahan yang direka untuk keselamatan dan kemampanan – semuanya adalah keperluan
pelanggan yang arif hari ini.”

Volvo Car Malaysia memperkenalkan Volvo Car Finance melalui perkongsian dengan RHB Bank Berhad (RHB). Ia termasuk pengurangan baki pembiayaan yang memanfaatkan kadar berubah dengan faedah yang disemak semula ke atas jumlah tertunggak, untuk memberi manfaat kepada pelanggan yang ingin melabur lebih banyak dalam pembayaran prinsipal mereka.

Jeffrey Ng, Pengarah Urusan Komuniti Kumpulan di Kumpulan Perbankan RHB, menambah, pihaknya teruja dengan apa yang bakal dibawa oleh perkongsian ini dan berharap untuk menyokong pelanggan Volvo dengan fleksibiliti memiliki kenderaan Volvo yang mereka inginkan dengan menawarkan mereka kadar keutamaan.