Sebelum pelancaran HONOR Magic4 Pro di Malaysia dan negara-negara lain, HONOR sudah mendedahkan Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR kepada umum dan ini melibatkan barisan pengeluaran HONOR Magic4 Pro.
Berdasarkan wawancara dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR Global George Zhao dan juga maklumat yang dikumpul, pelbagai peringkat prosedur pengilangan dan teknologi unik HONOR Magic4 Pro akan boleh disaksikan sendiri oleh orang awam.
Bertempat di Shenzen, China, Taman Perindustrian Pembuatan Pintar HONOR secara khusus mengeluarkan telefon pintar premium Siri HONOR Magic dan Siri HONOR Number, termasuk skrin boleh lipat HONOR Magic V dan HONOR Magic4 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia.
Taman perindustrian serba canggih ini turut merangkumi pusat untuk pengesahan produk baru, penghasilan telefon pintar flagship berkualiti tinggi, pembangunan proses dan teknologi baru serta pembuatan kapasiti pintar.
Bersama rakan kongsi rantaian, HONOR menyasarkan untuk membawa produk berkualiti tinggi di dunia untuk kepuasan pengguna.
(Buat masa ini, keseluruhan kadar automasi pembuatan pintar adalah 75% dan peralatan pembangunan kendiri menyumbang sebanyak 40%. Pengeluaran besar-besaran telefon pintar baru boleh dihasilkan secara puratanya dalam 28.5 saat.)
HONOR melihatkannya sebagai sebuah syarikat pengleuaran yang menyasarkan
kepada kualiti terbaik.
“Bagi mencapai penambahbaikan berterusan untuk pengalaman pengguna, kami menyasarkan untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri sendiri dalam bidang yang lebih tinggi.
“Memiliki kilang pembuatan pintar adalah satu kejayaan dalam bidang pembuatan. Melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), beberapa percubaan dalam pengeluaran besar-besaran serta ujian, kami mahu memberi produk berkualiti tinggi yang inovatif kepada pengguna,” kata George.
Kalibrasi dan alat ujian automatik – Fotografi Gabungan Ultra
Bagi mencapai tahap Fotografi Gabungan Ultra yang maju, HONOR Magic4 Pro dinaik taraf daripada model sebelumnya dengan penambahbaikan kalibrasi.
Kamera-kamera peranti tersebut kini digabungkan dengan algoritma AI untuk imej lebih teliti dan warna yang lebih asli. Alat ujian automatik penuh telah dikendalikan
melibatkan 100 ujian jarak penuh panjang tumpuan, ditambah dengan platform
digital untuk mengumpul data 300 parameter ke atas dalam masa sebenar bagi
memastikan keseragaman dan kualiti kepenggunaan.
(Alat ujian pembangunan kendiri automatik HONOR: telefoto periskop)
Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar Pertama Industri – AI Privacy Call HONOR Magic4 Pro dilengkapi ciri AI Privacy Call yang pertama dalam industri yang dipasangkan di dalam peranti tersebut.
Teknologi ini boleh menyelesaikan masalah ketirisan bunyi yang biasanya ada dalam telefon pintar. Ciri tersebut menggunakan Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar Pertama Industri yang memerlukan alat konduksi tulang khas.
Pemasangan alat konduksi tulang dalam skrin memerlukan ketepatan yang sangat
tinggi kerana sebarang kesilapan kecil boleh menjejaskan skrin. Bagi menyempurnakannya, pasukan R&D dan pembuatan mengambil masa selama tiga bulan untuk membangunkan alat pemasangan ketepatan tinggi automatik yang
menggunakan penglihatan komputer dan algoritma yang optimum untuk mencapai
ketepatan 0.01mm, seterusnya memberikan kadar hasil 99.99%.
(Ujian perkakasan audio HONOR Magic4 Pro)
Sistem ujian automatik – Kadar Penyerapan Spesifik Rendah
HONOR mengadaptasikan sistem ujian automatik penuh untuk Kadar Penyerapan Spesifik bagi memastikan keselamatan produknya dan ini menjadi penanda aras setiap telefon pintar HONOR terhadap standard tertinggi dalam industri.
Berdasarkan data daripada makmal kualiti syarikat ini, HONOR Magic4 Pro mempunyai nilai SAR diperlukan yang rendah iaitu 56% lebih rendah daripada standard paling ketat antarabangsa.
Proses pemasangan skrin eksklusif – Paparan LTPO Melengkung Kuad 3D
Dihasilkan menggunakan teknologi lengan robotik enam paksi, kamera berketepatan
tinggi dan algoritma penglihatan komputer yang dibangunkan sendiri, proses pemasangan HONOR mempunyai kadar ketepatan ±0.075mm dan ini menghasilkan
toleransi pembuatan 0.1mm. Angka-angka ini menjadi bukti kepada keupayaan
pembuatan terunggul HONOR.
Untuk maklumat terkini tentang kedatangan HONOR Magic4 Pro di Malaysia, layari
laman sesawang rasmi HONOR Malaysia dan klik ‘Notify Me’ untuk melanggani berita di sini di: https://www.hihonor.com/my/offer/activity/