Nantikan kemunculan barisan peranti terbaru OPPO dalam segmen mercu yang dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan jam 3 petang hari ini.

Siri Oppo Find X yang terkenal dengan spesifikasi terkini dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri yang dipertingkatkan merangkumi sistem kamera serta rekaan badannya serba baharu.

Prebiu.com yang diberi peluang menguji peranti terbaharu ini cukup tertarik dengan rekabentuk telefon pintar ini yang cukup kemas, mudah dipegang dan praktikal.

Paling teruja melihat rekaan perumah kamera yang direka bergabung dengan badan peranti ini tanpa lekuk yang tajam dan garis badan yang tidak bersegi.

Sistem kamera Oppo Find X5 dikuasakan oleh MariSilicon X dan dua sensor Sony IMX766.

Kamera utama untuk Find X5 Pro adalah 50+50+13 Megapixel (MP) daripada sensor Sony IMX766 untuk sudut ultra lebar, IMX766 untuk sensor utama dengan kaca Ultra-Transparent dan juga sensor telefoto 5 kali zoom hibrid dan 20 kali zoom digital.

Di samping itu, ia turut dibekalkan dengan skrin 120Hz, cip pemproses dengan prestasi 5G dan bateri yang menyokong pengecasan 80W.

Keunikan peranti Oppo kali ini dilengkapi cip tersendiri Marisilicon X. Cip ini menyokong pengurangan hingar dengan kecerdasan buatan (AI) dan boleh membantu menghasilkan rakaman video 4K dalam mod malam pada kualiti tinggi.

Majlis pelancaran #OPPOFindX5Pro5G akan disiarkan secara langsung pada jam 3 petang hari ini.
Berita baik kepada penonton apabila OPPO akan memberikan sejumlah 4 unit OPPO Find X5 Pro dan 2 units OPPO Enco X2, pastikan anda menonton siaran langsung untuk berpeluang memenanginya!
Tonton siaran langsung di:
1. Facebook OPPO Malaysia: shorturl.at/txAEV
2. Youtube OPPO Malaysia: shorturl.at/hCNPV
*Nantikan ulasan penuh reviu Oppo Find X5 di www.prebiu.com