Astro terus menambah baik pengalaman pelanggan dengan menyepadukan perkhidmatan penstriman global dengan siaran langsung sukan antarabangsa dan rancangan kegemaran Malaysia dalam satu platform, menjadikannya destinasi hiburan terulung yang tiada tandingan bagi rakyat Malaysia.

Mulai 28 April, para pelanggan boleh menikmati rancangan kegemaran Disney+ Hotstar termasuk Moon Knight dari Marvel Studios, drama Korea seperti Crazy Love, Soundtrack #1 dan Going to You at a Speed of 493km, serta siri baru The Kardashians dan filem pemenang Anugerah Akademi Encanto, yang memenangi Oscar untuk Filem Animasi Terbaik; dan filem daripada Pixar, Turning Red yang merupakan tayangan perdana filem nombor satu di Disney+ Hotstar di seluruh dunia setakat ini (berdasarkan bilangan jam yang ditonton dalam tiga hari pertama) di kaca TV mereka melalui Ultra Box.

Disney+ Hotstar ialah platform penstriman khusus untuk cerita-cerita global, serantau
dan Malaysia.

Ia menghimpunkan filem-filem terkenal Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, menyediakan pelbagai tajuk daripada studio
Malaysia terpilih dan portfolio kandungan bahasa tempatan yang unik dan berkembang
dari Asia Pasifik. Disney+ Hotstar menawarkan pelbagai jenis program termasuk filem
panjang berciri asli, siri aksi langsung dan animasi serta kandungan bentuk pendek dan
dokumentari.