CapitaLand, menerusi sokongan kebajikan CapitaLand Hope Foundation (CHF), telah mendermakan sebanyak RM200,000 di bawah inisiatif #GivingBersama bagi menyediakan keperluan harian dan peranti teknologi kepada lebih daripada 650 kanak-kanak dari 17 rumah anak yatim di Johor, Lembah Klang, Kuantan dan Pulau Pinang bagi membolehkan mereka untuk meneruskan pembelajaran dalam talian dan kekal berhubung secara digital di tengah pandemik COVID-19.
Dari November 2021 sehingga Februari 2022, sukarelawan kakitangan telah menjalankan lebih daripada 20 aktiviti secara maya termasuk seni dan kraftangan, senaman kecergasan, pertanaman, dan pengetahuan am tenang jenayah siber.
CapitaLand turut menggalakkan kakitangan dan pelanggan untuk menyumbangkan mata
ganjaran mereka yang dinamakan STAR$ ® kepada inisiatif #GivingBersama menerusi
CapitaStar, program ganjaran membeli-belah tanpa kad pelbagai kedai, pelbagai pusat beli-
belah oleh CapitaLand.

CHF seterusnya memperpadankan sumbangan mata ganjaran daripada kakitangan dan pelanggan dengan jumlah dikumpuli menerusi nilai ringgit CapitaStar.
Menerusi CHF, CapitaLand juga mendermakan sebanyak RM150,000 kepada MERCY
Malaysia’s demi sokongan kepada usaha bantuan untuk penduduk Hulu Langat di Selangor
yang terjejas akibat kebanjiran pada Disember 2021.
Dana berkenaan dimanfaatkan untuk menyediakan air bersih kepada 200 keluarga, di samping mendapatkan peralatan dan barangan keperluan sekolah seperti beg sekolah, kasut, stokin dan alat tulis membabitkan 300 kanak-kanak.
Ketua, Peruncitan, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata: “Sebagai sebuah
syarikat yang bertanggungjawab sosial, pihak kami komited untuk melahirkan impak yang
positif terhadap masyarakat di mana kami beroperasi dan memainkan peranan aktif dalam
membantu golongan yang memerlukan.
Sebagai penyokong kuat usaha kesukarelawanan kakitangan, kami terharu melihat sukarelawan kakitangan kami yang meluangkan masa mereka untuk menjalankan aktiviti serta mengedarkan barangan keperluan harian, makanan dan komputer riba kepada kanak-kanak yang terjejas itu.
“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap inisiatif #GivingBersama, dan akan terus memanfaatkan rangkaian dan sumber kami untuk membantu masyarakat.”

Pengurus Besar, Bahagian Operasi Program, MERCY Malaysia, Mohammad Said Alhudzari
Ibrahim, berkata: “Kami ingin berterima kasih kepada CapitaLand kerana menyokong dan
mengukuhkan usaha bantuan mangsa banjir untuk penduduk Hulu Langat.
Menerusi kerjasama sedemikian yang memanfaatkan kekuatan kami dalam pengurangan dan pengurusan risiko bencara, kita berupaya untuk membina masyarakat yang berdaya tahan dan bangkit daripada krisis dengan lebih kuat.”
Penyelia, Pertubuhan Kebajikan Rapha, Grace Chan, berkata: “Sepanjang tempoh yang
tidak dijangka ini, sokongan CapitaLand di bawah inisiatif #GivingBersama telah banyak
mengurangkan bebanan kami. Kanak-kanak ini mampu menjalani kelas dalam talian dan
aktiviti maya mereka yang membuatkan mereka sangat gembira.”
Untuk maklumat lanjut bagi inisiatif #GivingBersama, sila layari
https://youtu.be/A2o0GTYxD60 .
Kehadiran CapitaLand di Malaysia merangkumi kelas aset seperti kediaman, peruncitan,
penginapan dan pusat perniagaan.
Rangkaian peruncitannya terdiri darpada tujuh pusat beli-belah, yang mana lima daripadanya dimiliki oleh CapitaLand Malaysia Trust – Damansara di Petaling Jaya, East Coast Mall di Kuantan, Gurney Plaza di Pulau Pinang, kepentingan majority di Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur dan The Mines di Seri Kembangan.
Dua pusat beli-belah lain adalah Melawati Mall di Taman Melawati dan Queensbay Mall di Pulau Pinang. CapitaLand juga mengendalikan operasi Nusajaya Tech Park, sebuah pusat industri berkeluasan 210-hektar terletak di Iskandar Puteri, Johor.