Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mempertaruhkan motosikal kapcai Yamaha Y15ZR dengan corak grafik baharu dengan empat pilihan warna iaitu Hijau, Cyan, Kelabu dan Biru.
Raja Jalanan yang popular dengan gelaran ‘Y Suku’ itu kekal menggunakan rangkaian kuasanya sama iaitu menggunakan enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150cc. Ia menyalurkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm.

Versi V2 turut dilengkapi meter LCD digital dan lampu utama hadapan LED, selain penggunaan rim bersaiz 17 inci, dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang.
Perincian lain adalah termasuk berat keseluruhan 117 kg, tinggi tempat duduk 780 mm, fork teleskopik hadapan, monoshock di belakang, pemula enjin elektrik, butang lampu tinggi (passing light) dan butang mematikan enjin (kill switch).
Berita baik untuk peminat moped ini ialah harga cadangan asas tanpa insurans pada RM8,498.

Apa tunggu lagi! Motosikal ini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula hari ini.




































