Perkara yang sering menjadi perhatian setiap kali membeli telefon pintar tentu sekali ciri dan fungsi kamera yang dapat memberikan hasil rakaman gambar yang memuaskan.

Untuk tujuan itu, penulis mengambil keputusan untuk mencuba pelbagai fungsi kamera pada peranti terbaharu Samsung ini dengan melancong ke Genting Highlands dan menginap satu malam di Hotel Swiss-Garden Genting Highlands yang baru dibuka empat tahun lalu.

Kesempatan itu digunakan sebaiknya dan apa yang menarik ialah kedudukan hotel penginapan ini menawarkan pemandangan yang cukup menarik khususnya ketika berada ditingkat 41 iaitu tingkat paling tinggi bangunan ini.

Apa yang menarik ialah ciri yang dimiliki oleh Samsung Galaxy S22+ adalah satu kelebihan apabila buat pertama kalinya ciri mod malam (Nightography) dipertingkatkan dengan memberikan tahap pencahayaan seumpama mengambil gambar pada waktu siang.

Ini kerana ciri kamera pro gred menawarkan sensor besar yang secara automatiknya membesarkan piksel dan menyerap lebih banyak cahaya kepada objek yang difokus menjadikan gambar kelihatan lebih terang ketika mod malam diaktifkan manakala ciri Super Clear Glass mengurangkan silauan pada peranti ini.

Sebagai contoh, kamera akan mengesan anda berada dikawasan gelap dan 23 peratus piksel sensor bertindak menjadi satu piksel yang besar menjadikan gambar terhasil lebih terang, jelas dan tajam.

Gambar diambil dari tingkat 41 menggunakan mod malam

Begitu juga apabila membuat rakaman video pada waktu malam akan menghasilkan video yang stabil, anti kabur dan lancar meskipun ketika anda sedang bergerak.

Bagaimana ia berlaku? Sudut pembetulan OIS yang sudah dipertingkatkan sebanyak 58 peratus dan bekerja lebih pantas untuk memberikan kestabilan setiap kali rakaman dilakukan.

Rakaman super HDR berupaya merakam 64 kali lebih banyak warna walaupun dalam keadaan membelakangi cahaya.

Taman tema Genting Highlands

Ciri pintar Adaptif Piksel berupaya menukar antara mod beresolusi tinggi 50MP dan mod bersensitiviti tinggi 12MP bergantung kepada cahaya sekali gus menghasilkan gambar yang tajam, terang dan mengagumkan.

Paling menarik ialah, anda boleh kongsikan terus gambar, video atau dokumen terus kepada rakan atau teman dengan mudah menerusi butang Quick Share.

Nah, satu lagi ciri baharu yang dilengkapi dalam peranti ini ialah Photobombs di mana anda boleh memadam mana-mana objek dalam gambar dengan mudah dan sekelip mata. Contohnya, jika ada satu logo yang anda mahu padam pada sehelai kemeja-T boleh dilakukan terus tanpa perlu memuat turun mana-mana aplikasi. Mudah bukan!

Selain itu, rakaman gambar dan video bokeh juga boleh dllakukan mengikut kesesuaian selain boleh menukar warna latar belakang sebagai satu kesan khas menerusi mod potret.

Ciri lain seperti space zum dimana zum digital sejauh 30 kali dan auto frame yang mana kamera akan terus kekal fokus walaupun anda bergerak atau subjek dalam gambar bergerak keluar dan masuk dalam frame.

Ciri Director’s view pula membolehkan anda membuat rakaman video dan pada masa sama merakam video anda sesuai bagi mereka yang aktif dalam media sosial seperti youtubers atau instafamous mengulas sesuatu perkara seperti makanan atau tempat menarik.

Tidak ketinggalan ciri Single Take yang merakam gambar anda dalam beberapa format sama ada video, hyperlapse, kekal dan sebagainya sehingga 20 saat.

Fungsi tri-kamera ini meliputi kamera utama (sudut lebar) 50MP, sudut lebar ultra 12MP dan kamera telefoto 10MP serta swafoto 10MP.

Apa yang menarik ialah setiap kali saya membuka aplikasi kamera ini, sistem kecerdesan pintar (AI) peranti ini akan berfungsi secara pintar dan tentu sekali dilengkapi pada peranti mercu ini.

Untuk mendapatkan gambar dengan hasil bokeh yang menarik, tekan sahaja butang mod potret. Terdapat dua pilihan sama ada gambar potret atau video potret dan anda boleh memilih latar belakang dengan kesan khas yang menarik.

Lihat contoh gambar diatas ini yang dihasilkan dengan mod potret kelihatan cukup jelas, tajam dan terang tanpa sebarang penggunaan flash pada kamera peranti ini. Hebat Bukan!.