Jalur lebar berkelajuan sehingga 800Mbps, mesh percuma dan kandungan terkini, semuanya dalam satu
Dengan peningkatan bilangan peranti yang boleh disambung ke WIFi dalam isi rumah di Malaysia, setiap bilik di dalam rumah menjadi lebih ‘pintar’.
Jalur lebar yang pantas dan boleh dipercayai kini penting untuk kehidupan seharian kita, sama ada bekerja dari rumah, pembelajaran dalam talian, tujuan hiburan seperti bermain permainan atau sekadar menstrim siri kegemaran anda – rakyat Malaysia bagaikan tidak boleh menjalani kehidupan mereka tanpanya.
Ketua Perniagaan Jalur Lebar Astro, Tan Sian Tuang berkata, “Banyak isi rumah di Malaysia mengalami masalah hubungan internet yang lemah kerana internet perlahan dan ‘zon hilang’ WiFi, sekali gus menambahkan kekecewaan kepada pengalaman Internet mereka.

Berpegang kepada janji kami untuk mewujudkan one-stop hab hiburan, Astro hari ini melancarkan hiburan tahap baharu untuk rakyat Malaysia dengan pelancaran jalur lebar Astro Fibre yang disertakan bersama dengan pakej kandungan TV.
Internet berkelajuan tinggi melalui Astro Fibre akan melengkapkan matlamat kami untuk
menyampaikan pengalaman hiburan dan proposisi nilai jalur lebar yang terbaik di pasaran melalui Astro Box, Astro GO dan perkhidmatan penstriman global seperti Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan TVBAnywhere+.
Pada masa ini, purata tontonan mingguan (minit) telah meningkat sebanyak 17% dari tahun ke tahun menerusi Astro Box yang bersambung dan kami berharap pelancaran Astro
Fibre akan memacu pengalaman tontonan yang lebih baik untuk pelanggan.”
“Dihasilkan untuk menangani keperluan pelanggan yang semakin meningkat untuk sambungan yang lebih kukuh bagi memenuhi permintaan kepelbagaian peranti pada masa yang sama, Astro Fibre dan kandungan TV bundles menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi 50 Mbps, 100 Mbps, 500 Mbps dan 800Mbps dengan WiFi 6 certified router yang terkini menawarkan kebolehpercayaan dan ketersambungan yang dipertingkatkan serta pilihan langganan peranti jaringan mesh (Mesh WiFi)
Sebagai tawaran pengenalan, Astro Fibre akan digabungkan dengan pakej kandungan bermula dengan Pek Jimat Kencang RM129 terbaharu yang merangkumi 50Mbps untuk memberi pengalaman penstriman hebat, Pek Primary mengandungi lebih daripada 85 saluran dan percuma Mesh WiFi selama 12 bulan pada harga RM129.99.
Semua pelanggan Astro sedia ada dan baharu boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-7481 3000. Sertai perbualan dalam talian
bersama hashtag #wifikencang.



































