Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican, telah menyerahkan sumbangan kepada Pengetua Sekolah Darul Iman, Ustaz Ramly Yusof sempena bulan Ramadan yang bakal tiba nanti kepada fakir miskin, mualaf dan anak-anak yatim di kampung berkenaan.

Mustapha juga turut memberi sumbangan berupa buku-buku dan alat tulis kepada anak-anak yatim di kampung berkenaan.

Menurut Mustapha, Kampung Jamuan terletak lebih kurang 5km dari sempadan Kemboja-Vietnam.

Mustapha menyerah wang sumbangan USD 1,000 dolar kepada Ustaz Ramly Yusof turut disaksi oleh penduduk kampung dan pelajar

Rata-rata penduduk kampung ini adalah mereka yang terdiri dari kalangan penduduk miskin yang daif dengan sumber pendapatan mereka bergantung dengan hanya mengambil upah semata-mata.

Pada tahun 2015, di kampung ini juga telah dibina sekolah bagi kegunaan pelajar-pelajar di kampung ini. Ianya telah dibina hasil sumbangan oleh penderma-penderma dari Malaysia.

Sumbangan itu dibawa sendiri oleh Mustapha selaku Pengerusi NGO Antarabangsa yang bergerak solo ke Kemboja bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di sana.