AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah bekerjasama dengan syarikat teknologi unikorn pertama di Malaysia iaitu Carsome, platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara untuk mencipta ekosistem automotif serba lengkap dan memberikan nilai tambahan dan ketenangan fikiran kepada pembeli kereta terpakai.
Dengan AXA sebagai penyedia pertama dan tunggal yang menawarkan Guaranteed Asset Protection – Return to Insured Value (GAP-RTIV) di platform Carsome, pelanggan boleh dilindungi dengan mudah dengan insurans GAP-RTIV semasa membeli kereta yang diluluskan oleh Carsome daripada Carsome.
GAP-RTIV telah dilancarkan oleh AXA pada April 2020 sebagai pelan pertama seumpamanya di pasaran yang melindungi nilai penuh kenderaan dalam kejadian yang tidak diduga.
Ia menyediakan bantuan kewangan dan perlindungan terhadap pembiayaan kereta pelanggan, serta perlindungan penuh sekiranya berlaku kerugian penuh akibat kerosakan, kebakaran atau kecurian.
Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet berkata, perkongsian strategik ini bukan sahaja membolehkan AXA mencipta pengalaman pelanggan yang berbeza dalam proses pembelian kereta terpakai, tetapi juga mengembangkan jejak digitalnya dan menutup jurang dalam pasaran automotif digital.
“Di AXA, kami amat mengutamakan kepentingan pelanggan. Ia penting bagi kami untuk mengetahui bahawa pelanggan kami boleh menikmati perlindungan lengkap yang ditingkatkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dalam dunia yang semakin digital ini.
“Sinergi kami dengan Carsome menandakan detik yang mengujakan bagi kami, kerana ia melengkapi agenda digital kami untuk menyampaikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan dan meningkatkan akses terhadap produk kami.
“Kami percaya dengan nilai dan tujuan yang dikongsi ini, sinergi kami dengan Carsome akan memberikan pelanggan pengalaman yang mudah, segera dan disesuaikan melalui ekosistem dalam talian yang lebih cekap,” katanya.
Sehingga kini, Carsome ialah platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara, dengan kehadiran yang meluas di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Ia bertujuan untuk menyediakan penyelesaian lengkap kepada pelanggan dan pengedar kereta terpakai, daripada pemeriksaan kereta hinggalah pemindahan pemilikan dan pembiayaan.
Eric Cheng, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome berkata, “Kami sentiasa mencari cara untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.
“Kerjasama dengan AXA dan penyelesaian digital holistik ini menyokong usaha kami dalam mencipta pengalaman pemilikan kereta yang lancar dan membantu pelanggan ke hadapan dengan fikiran yang tenang apabila membeli kereta yang diluluskan oleh Carsome.”