BCM Electronics Corporation Sdn. Bhd. (BCM) mengumumkan pelantikan Lee Siang Tat sebagai Ketua Pegawai Operasi berkuatkuasa hari ini.
BCM adalah anak syarikat milik penuh Aurelius Technologies Bhd (ATech) yang menyediakan perkhidmatan perkilangan elektronik (EMS) bagi produk elektronik perindustrian.
ATech dalam kenyataannya berkata, Siang Tat dilantik ke jawatan tersebut memiliki pengalaman kerja lebih 25 tahun kerja di dalam industri perkilangan elektronik, dan arif dengan pelbagai pemprosesan operasi termasuk kejuruteraan pemprosesan dan produk, kejuruteraan peralatan dan penyenggaraan, pengurusan kos, kualiti pengeluaran dan operasi.
“Beliau bermula di BCM pada 2005 dan meningkat maju hingga ke jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Teknologi Melekap Permukaan (Surface Mount Technology),
‘Penyenggaraan dan Fasiliti. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi EG Industries Berhad pada 2020 di mana beliau memainkan peranan penting memacu keseluruhan operasi perkilangan kumpulan, termasuk kejuruteraan, perancangan pengeluaran dan kualiti operasi, bagi membolehkan kumpulan mencapai matlamat-matlamat strategiknya,” katanya, di sini.
Siang Tat berkata, beliau ingin merakamkan penghargaan di atas pelantikan ini dan ingin membalas keyakinan syarikat untuknya kembali menyertai ATech.
“Saya akan berusaha utuk membawa ATech meraih kecekapan operasi yang lebih tinggi dengan bekerja rapat bersama pasukan pengurusan untuk mencapai pertumbuhan dan perluasan fasa seterusnya.’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Interim Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan ATech, Loh Hock Chiang berkata, pihaknya masih berdukacita dengan pemergian pengasas bersama dan CEO kami, mendiang Lee Chong Yeow dan berhasrat untuk meneruskan rancangan untuk menjayakan sayarikat ini.
Katanya, ATech memulakan rancangan peralihan kuasa beberapa tahun lalu dengan mengenal pasti individu dengan pengalaman dan sesuai untuk jawatan ini.
“Kami mengalu-alukan kepulangan Siang Tat kepada keluarga BCM dan ATech, dan kami yakin bahawa pengalaman luas beliau akan menambah kekuatan kepada pasukan pengurusan sementara memenuhi jawat tbhan utama di dalam pengendalian operasi perniagaan.’’ katanya lagi.



































