Mattel, Inc. mengumumkan satu perjanjian pelesenan global berbilang tahun untuk francais Disney Princess dan Frozen.
Mattel akan mempunyai hak pelesenan global untuk membangunkan barisan barang mainan untuk Produk Pengguna, Permainan dan Penerbitan Disney, termasuk anak patung fesyen, anak patung kecil dan figura. Koleksi itu dijangka dilancarkan di peruncit di seluruh dunia pada awal tahun 2023.
“Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali barisan Disney Princess dan Frozen ke Mattel,” kata Richard Dickson, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Mattel.
“Sebagai peneraju dunia di dalam anak patung, kami berharap dapat membawa pendekatan Mattel Playbook kami yang unik kepada pengurusan jenama, produk dan kepakaran pemasaran, serta perhatian yang tidak henti-henti terhadap perincian dan kualiti untuk mencipta barisan yang berinovatif dan memberi inspirasi untuk cerita dan watak ikonik ini.”
Penyusunan pelesenan baharu itu dibina di atas perhubungan pelesenan yang sedia ada di antara Mattel dan Disney untuk francais Toy Story dan Cars keluaran Pixar Animation Studio, dan perjanjian pelesenan global yang diumumkan baru-baru ini untuk Lightyear.
“Keberanian dan belas kasihan yang terdapat di dalam cerita dan watak Disney Princess dan Frozen kami itu terus memberikan inspirasi kepada peminat di seluruh dunia,” kata Stephanie Young, Presiden bagi Produk Pengguna, Permainan dan Penerbitan Disney.
“Dengan meneruskan perhubungan lama kami dengan Mattel, kami berharap dapat mengembangkan dunia Disney Princess dan Frozen, memperkenalkan satu era baharu yang berinovatif bagi francais yang digemari ini melalui produk yang menawan hati dan peluang-peluang untuk bermain.”
Melalui perjanjian itu, Mattel akan membangunkan anak patung berdasarkan kepada Disney Princess termasuk Aladdin, Bea