Beli telefon pintar dan komputer riba HONOR terpilih untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM5,000,000!

Jom meriah dengan Jualan Sambutan Tahun Baru Cina yang mana peminat akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM5,000,000 apabila membeli telefon pintar terbaharu Siri HONOR 50 dan komputer riba Siri HONOR MagicBook bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2022.

Lebih menarik, sempena kempen tersebut, HONOR turut menawarkan diskaun RM100 untuk HONOR MagicBook X 15 versi Intel i3 8GB + 256GB dan HONOR MagicBook X 15 versi intel i5 8GB + 512GB.

Hadiah percuma dan diskaun tersebut boleh dinikmati apabila membeli peranti terpilih di HONOR eStore, Lazada, Shopee, Digi, Maxis, Senheng, senQ, atau Kedai HONOR.

HONOR 50 – Telefon Pintar Vlog Terbaik HONOR harga dari RM1,699

Untuk kaki Vlog dan Youtuber, HONOR 50 adalah telefon pintar pilihan terbaik kerana kandungan Vlog boleh dihasilkan dengan mudah dan lancar! Ianya mempunyai mod enam multi-video termasuk Picture in Picture, Rakaman Fast and Slow Motion, Rakaman Dual-view dan Rakaman Pause Live.

Tak perlu bersusah nak sunting rakaman kerana ianya boleh terus dimuatnaik. Dengan kamera ultra jelas 108MP, kamera sudut luas dan kamera depan 32MP HD, anda boleh
menghasilkan kandungan vlog yang menakjubkan! HONOR 50 tampil dengan 4 warna menawan iaitu Frost Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan HONOR Code.

HONOR 50 Lite – Telefon pintar mampu milik terhebat dengan pengalaman tahap flagship dengan hanya RM999

Pada harga RM999 sahaja, anda boleh memiliki HONOR 50 Lite yang mempunyai ciri-ciri seperti tahap flagship telefon pintar. HONOR 50 Lite dilengkapi pengecasan luar biasa menerusi HONOR SuperCharge 66W yang membolehkan baterinya mencapai 40% dalam tempoh 10 minit.

Penggemar pemainan mudah alih dan mereka yang tegar menonton drama pasti berpuas hati dengan HONOR 50 Lite.

Tambahan pula telefon pintar ini dilengkapi paparan LCD Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan pertama di dunia, Bingkai Super Narrow 1.05mm dengan 94.4% nisbah skrin ke badan, sangat sesuai untuk golongan ini.

Mengenai kamera pula, HONOR 50 Lite hadir dengan Kuad Kamera Ultra-Clear 64MP yang memberi lensa jelas untuk butiran foto menakjubkan. Pilih telefon pintar ini untuk menangkap suasana menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga dan rakan-rakan!

Siri HONOR MagicBook – Kompak dan Berkuasa harga dari RM2,199
#1: HONOR MagicBook X15

Pelajar yang mencari komputer riba kompak dan berkuasa pada harga bajet boleh memilih HONOR MagicBook X15. Dengan pengecasan pantas 65W dan Paparan Keselesaan Mata TÜV Rheinland, pelajar pasti dapat menyiapkan tugasan serta mengikuti kelas dalam talian tanpa gangguan.

Sempena Jualan Sambutan Tahun Baru Cina HONOR, sebanyak RM100 diskaun diberikan untuk HONOR MagicBook X15 dengan versi Intel i3 8GB + 256GB ditawarkan pada harga RM2,199 manakala Intel i5 8GB + 512GB sebanyak RM2,799. Kepada pelajar, pilihlah komputer riba ini untuk menyiapkan tugasan anda!

#2: Siri HONOR MagicBook (AMD)

Untuk golongan elit perniagaan, boleh memiliki HONOR MagicBook 15 AMD yang mempunyai skrin lebar 15 inci dan dijual pada harga RM2,699. HONOR MagicBook 14 AMD pula didatangkan dengan saiz kelebaran skrin 14.1 inci dan nisbah skrin ke badan 84%. HONOR MagicBook 14 versi 8GB + 256GB berharga RM2,699, manakala versi 8GB + 512GB sebanyak RM2,999.

Siri HONOR MagicBook ini dilengkapi Kolaborasi Multi-skrin 2 yang memberikan kemudahan pada tahap lebih baik apabila dipadankan dengan Siri HONOR 50 dengan satu sentuhan mudah, seterusnya menghubungkan fail di telefon pintar ke komputer riba anda.

#3: HONOR MagicBook Pro

Anda juga boleh mempertimbangkan HONOR MagicBook Pro yang dilengkapi skrin besar 16.1 inci yang memberi keselesan mata selain tidak berlengah apabila membuat panggilan video dalam talian. Apa anda tunggu lagi, cepat tandakan tarikh 15 Januari hingga 15 Februari 2022 untuk menikmati promosi ini! Maklumat lanjut mengenai Jualan Sambutan Tahun Baru Cina.

Ciri ini hanya boleh didapati untuk notebook HONOR MagicBook (juga beberapa notebook dengan pengurusan komputer versi 11.0 dan ke atas) dan beberapa versi telefon pintar yang dijana Magic UI 4.0 dan ke atas.

Hanya beberapa jenis dan telefon pintar APP yang menyokong ciri ini; Selepas gabungan multi skrin dengan HONOR notebook, selain antara muka telefon pintar, ia menyokong sehingga dua lagi antara muka telefon pintar APP. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman
sesawang rasmi HONOR.