Siaran langsung 36th Golden Disc Awards eksklusif di Astro GO dan semua pelanggan Astro boleh strim siaran langsung 36th Golden Disc Awards (GDA 2022) pada hari Sabtu, 8 Januari 2022, pada 2 tengah hari, eksklusif di Astro GO.

Anugerah K-pop berprestij ini meliputi industri muzik dan penstriman digital dan akan menampilkan persembahan dari idola Korea terhangat termasuk BTS, IU, Stray Kids,
Tomorrow x Together, SEVENTEEN, ENHYPEN, aespa, The Boyz, Oh My Girl dan lebih lagi!

Calon-calon GDA 2022 merangkumi campuran idola Korea terkenal seperti BTS, (G)I-DLE,
BlackPink’s Rose, SHINee, ITZY, Taeyeon, TWICE, HyunA, 2PM, EXO’s D.O, SEVENTEEN, Super Junior, ASTRO, dan lebih lagi; serta artis Korea yang baru seperti aespa, EPEX, Jo YuRi, MIRAE, OMEGA X dan lagi.

Pelanggan boleh juga menikmati ramalan pemenang untuk kategori ‘Digital Song Division’
termasuk ‘Digital Song of The Year’ dan ‘Best Songs’; ‘Album Division’ termasuk ‘Album of the Year’ dan ‘Best Albums’; serta tiga lagi kategori, ‘Special Awards’, ‘Rookie Artist of the Year’ dan ‘Popular Vote Awards’.

GDA 2022 akan dihos oleh Lee Seung Gi, pelakon dan penyanyi terkenal, Lee Da Hee, pelakon terkenal dan hos TV, dan Sung Si Kyung, penyampai TV presenter dan penyanyi. Untuk maklumat lanjut, sila layari content.astro.com.my