Go Shop akan memulakan jualan istimewa bersempena dengan musim percutian akan datang ini dengan ‘Jualan Akhir Tahun & Kempen ‘Oh YESS!’ selama sebulan bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.

Pelbagai tawaran menarik dan penuh dengan kejutan seperti ‘Set Bundle Dengan Hadiah Percuma’, ‘Istimewa 12.12’, ‘Pulangan Tunai Berganda’, ‘Tawaran RM21’, ‘Penghantaran Percuma Di Seluruh Negara’, ‘Diskaun Terhebat Sehingga 80%’, dan ‘Baucar Happy-Hour’.

Sepanjang berlangsungnya kempen ini kelak, pelanggan boleh menggunakan kod ‘GOSHOP28’ untuk dapatkan diskaun segera sebanyak RM28 dan tambahan potongan RM28 lagi untuk pembelian berikutnya di Go Shop.

Pada masa yang sama, pelanggan akan turut menikmati banyak lagi tawaran-tawaran menarik, set-set ‘bundle’ eksklusif, produk-produk terbaharu dan penjimatan berganda-
ganda untuk pembelian barangan rumah, dapur, digital, fesyen dan produk-produk kecantikan.

Berikut merupakan pilihan Lima Teratas (Top 5) produk-produk yang perlu dibeli:
 [BELI 1 PERCUMA 1] Periuk Memasak Pelbagai Fungsi Mammakits 1.2L
 [BELI 1 PERCUMA 2] Sarang Burung FGWalet dengan Betik & L-Cysteine
 [BELI 1 PERCUMA 1] Minyak Zemvelo Omega 3 6 9 Sacha Inchi
 [Mesin Urut Percuma] Treadmill Zero ZT-Romeo
 [BELI 2 PERCUMA 2] Kitsui Fedloss Fibre DTox

Sepanjang berlangsungnya kempen ini, Go Shop akan menganjurkan dua acara istimewa, ‘Jualan Khas 12.12’ dari 6 hingga 12 Disember 2021 dan ‘Siaran Langsung Jualan Akhir Tahun’ pada 26 Disember 2021, di saluran Astro CH111 dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pelanggan berpeluang untuk membeli pelbagai produk-produk menarik dengan nilai dan diskaun terhebat.