Keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Rasailah sebagaimana anda melayan diri anda dengan pelbagai menu makanan yang lazat dan nikmatinya sehingga anda betul-betul kenyang?

The Grill oleh Rasa Lama membawa kepada anda – Bufet Makan Malam BBQ, sajian makanan tempatan, pelbagai menu dari makanan Barat yang dipersembahkan oleh chef kami dengan menghidangkan aksi-aksi masakan secara langsung di depan mata pengunjung.

“Dengan bauan makanan yang dipanggang dan disalai serta menyelerakan dan mengiurkan, ia adalah sesuatu yang lazat yang pasti tidak boleh dilepaskan untuk para pengunjung menikmati hidangan kami,” kata Chef Ashraff.

Apa yang pasti kemuncaknya ialah para pengunjung boleh merasai dan menikmati sendiri bunyian dan deruan BBQ yang dimasak secara langsung oleh chef. Pilih dan nikamti sendiri pelbagai pilihan kambing, rusuk daging lembu, daging lembu, ikan siakap, makanan laut, ayam dan sosej.

Nikmati juga pembuka selera tempata yang terdiri daripada Ulam-ulaman seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Kacang Botol dan banyak lagi.

Ulam-ulaman Selera Orang Lama dihidangkan dengan pelbagai pilihan sampingan seperti Sambal Belacan, Tempoyak, Sambal Nenas, Sambal Mangga, dan lain-lain.

Berminat dengan menu lain? Jangan bimbang, kami ada Gado-gado dengan Kuah Kacang, berasal dari Indonesia. Tambahan untuk pembuka selera, kami ada Keropok Ikan, Udang, Malinjo, Sayur, dan Papadom.

Juga tidak ketinggalan ialah stesen Rojak Buah, yang asli dibawa terus dari Pulau Pinang yang menawarkan pelbagai citarasa dan tekstur yang unik. Ia didatangkan dengan jambu, nenas, mangga, belimbing, timun, betik, epal hijau, taugeh dan taufu yang diadun dengan sos manis dan pedas. Tidak ketinggalan hancuran kacang tanah ditambah untuk menambah keranggupan rojak itu.

Bagi melengkapkan hidangan untuk tidak dilupai, Rasa Lama menyediakan pelbagai hidangan kuih-muih seperti Kuih Ketayap, Kuih Koci, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Seri Ayu, Kuih Keria dan banyak lagi. Sebagai pilihan akhiri hidangan anda dengan manisan mulut yang menyelerakan seperti Bubur Kacang Hijau dan Bubur Pulut Hitam atau pencuci mulut iaitu Air Batu Campur.

Bagi penggemar pencuci mulut Barat, anda boleh menikmati Panacotta dan Creme Caramel. Di samping itu pelbagai jenis minuman juga tersedia bagi menyegarkan tekak anda.

Terletak di tengah-tengah lokasi yang terkenal diSS 15, Rasa Lama merupakan satu-satunya restoran yang menawarkan buffet makan malam – semua anda boleh makan di Subang Jaya.

The Grill oleh Rasa Lama akan disediakan secara mingguan iaitu setiap Jumaat dan Sabtu bermula malam sambutan Krismas 24 Disember dari jam 6 petang hingga 10 malam.

Harga yang ditawarkan ialah RM99 bersih (dewasa) dan RM49 bersih (kanak-kanak).
Inilah masanya untuk anda dan keluarga saudara mara dan rakan taulan menikmati hidangan yang lazat dan mengecur air liur ini. Bersama-sama berkongsi kemeriahan BBQ panggang yang lazat dan mengiurkan ini.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut: Sila hubungi talian (03) 5611 4321 atau WhatsApp 011- 2762 2118.