Jika anda sedang mencari telefon pintar baharu, tiada masa yang lebih baik daripada sekarang!

Galaxy A32 5G sedang mengadakan promosi di mana anda boleh membelinya dengan potongan harga sebanyak RM100.

Jangan abaikan peranti hebat ini kerana ia dilengkapi dengan banyak ciri hebat yang akan memberikan senyuman pada mana-mana pengguna dan ia juga didatangkan dengan empat warna bergaya – Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome White dan Awesome Black – jadi ada satu untuk semua orang.

Peranti ini beroperasi dengan pemproses Octa-core bersama RAM 8GB yang memberikan anda prestasi yang pantas dan cekap semasa anda melakukan pelbagai tugas. Jangan risau
tentang storan terhad juga – selain daripada 128GB storan dalaman, anda masih boleh
meningkatkannya dengan microSD sehingga 1TB.

Galaxy A32 5G didatangkan dengan kamera quad canggih yang akan membawa fotografi anda ke tahap seterusnya. Abadikan detik kegemaran anda dengan dengan kamera utama 48MP F1.8 yang jelas.

Ia juga dilengkapi dengan kamera makro 5MP, kamera kedalaman 2MP dan kamera ultra lebar 8MP – serba boleh untuk mana-mana peminat fotografi. Dengan bateri 5,000mAh yang berkuasa ini, anda tidak perlu risau tentang peranti anda mati di tengah hari.

Dan jika anda kehabisan bateri, gunakan sahaja pengecas pantas 15W adaptif yang akan memberikan anda ‘power’ dalam sekelip mata.

Jadi jangan melengahkan masa dan dapatkan Galaxy A32 5G sekarang! Rebat tersedia dari 15 November 2021 hingga 19 Disember 2021. Nikmati lebih banyak penjimatan apabila anda menukar beli peranti lama anda – sehingga lima peranti sekali gus!

Alang-alang itu, berikan diri anda ketenangan fikiran dan lindungi peranti baharu anda dan dengan Samsung Care+.

Sehingga 31 Disember 2021, dapatkan potongan harga sebanyak 20% untuk pelan 1 Year of Accidental & Liquid Breakage pada RM88 atau pelan 2 Year Accidental & Liquid Breakage pada RM168!