AirAsia menyatakan sokongan penuh terhadap pengumuman oleh kerajaan Malaysia dan Singapura untuk memulakan Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL) antara kedua-dua buah negara dan sekaligus menyambung semula perkhidmatan udara di salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia.

AirAsia akan menyambung semula penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Lapangan Terbang Changi mulai 29 November 2021.

Sebagai permulaan, AirAsia akan mengendalikan sebanyak tujuh penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Singapura. Laluan ke bandar-bandar utama lain di Malaysia dan kekerapan penerbangan akan ditambah sejajar dengan peningkatan permintaan perjalanan sempena pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat, tertakluk kepada kelulusan dari pihak berkuasa. AirAsia akan mengendalikan penerbangan VTL seperti berikut:

Para tetamu boleh menempah penerbangan mereka ke Singapura daripada hanya RM85 sehala untuk perjalanan antara 29 November 2021 dan 26 Mac 2022 dengan menekan ikon ‘Flights’ pada airasia Super App.

Nikmati juga tawaran kombo penerbangan dan hotel bernilai hebat dengan menekan ikon ‘SNAP’ pada Super App dengan diskaun sehingga 30%. Mereka yang ingin menempah penginapan secara berasingan boleh menekan ikon ‘Hotels’ untuk menikmati diskaun tambahan 10% dengan kod promosi AAHOTEL10. Selain itu, tempah perjalanan pergi balik ke/dari lapangan terbang daripada hanya RM55 menggunakan airasia ride, dengan menekan ikon ‘Ride’ pada airasia Super App.

Para tetamu dari Malaysia yang telah divaksinasi sepenuhnya yang ingin melancong ke Singapura diingatkan untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Singapura sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.