Dengan ledakan maklumat di hujung jari, keselamatan dan sekuriti Internet amat diutamakan dalam gaya hidup digital masa kini.

Komited untuk membolehkan navigasi dunia siber yang lebih selamat, Maxis menawarkan penyelesaian Internet Security yang senang dan berpatutan – memberi perlindungan tambahan untuk privasi data dan juga membolehkan ibu bapa memantau aktiviti anak dalam talian.

“Rakyat Malaysia kini menggunakan kadar data yang tinggi dan mengakses Internet untuk
kegunaan apa jua. Kajian kami menunjukkan pengguna lebih prihatin untuk mengambil langkah tambahan bagi melindungi diri dan orang tersayang.

“Kami ingin membantu keluarga dan individu dilindungi dalam talian dengan penyelesaian sekuriti terbaik supaya mereka boleh layari dengan fikiran yang tenang. Oleh itu, kami telah menghimpunkan penyelesaian bundle semua-dalam-satu pada harga yang berpatutan,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis.

Tawaran Maxis Internet Security ini dilengkapi dengan langganan Kaspersky Safe Kids dan
Kaspersky VPN Secure Connection. Pelanggan boleh memilih untuk daftarkan 2-in-1 Internet Security Bundle untuk menikmati kedua faedah pada hanya RM15 untuk tahun pertama.

Untuk masa yang terhad sahaja, pelanggan yang mendaftar untuk pakej ini bermula hari ini sehingga 30 November 2021 boleh menikmati langganan secara percuma untuk tahun pertama.

Sebagai alternatif, mereka boleh mendaftar secara berasingan untuk Kaspersky Safe Kids
hanya pada RM3 sebulan, atau Kaspersky VPN Secure Connection hanya pada RM9 sebulan.

Dengan penyelesaian sekuriti tanpa bimbang ini, ibu bapa boleh memantau masa skrin anak-anak dan mengurus akses mereka ke dalam media sosial dan laman web, serta menyekat kandungan dan laman web yang merbahaya.

Mereka juga akan dapat melihat lokasi anak pada peranti sendiri dengan makluman masa nyata. Sementara itu, Kaspersky Secure Connection menambah satu lagi lapisan keselamatan apabila mereka disambungkan ke WiFi awam semasa membeli-belah dalam talian atau melakukan transaksi perbankan.

Untuk menikmati pakej Maxis Internet Security, pelanggan boleh memilih pelan mereka pada aplikasi Maxis, atau melayari https://www.maxis.com.my/en/lifestyle/internet-security/