Sekali-sekala tidak salah jika menyakat rakan-rakan anda yang berstatus bujang pada November ini, tambah menyeronokkan HONOR Malaysia kali ini menawarkan Promosi 11 Berganda, dengan diskaun sehingga 25 peratus dan Lazada Bonus bernilai RM160!
Promosi di Stor Rasmi HONOR bermula 8 hingga 11 November, sementara Stor
Flagship Lazada dan Stor Rasmi Shopee akan membuka tawaran pada 11 November.
Telefon pintar vlog HONOR terbaik, HONOR 50 versi 6+128GB akan ditawarkan
secara eksklusif bersama HONOR Magic Watch 2 42mm di Lazada, dan peminat
perlu membuat pra tempah sebelum 10 November untuk menikmati tawaran ini
sekali seumur hidup.

Log masuk ke Stor Flagship HONOR Malaysia di Lazada setiap hari bagi menebus bonus Lazada sehingga RM160 dan nikmati diskaun tambahan!
Berikut senarai peranti yang bersedia mengujakan peminat dengan diskaun menarik sehingga 25%!
HONOR 50 – Telefon pintar vlog terbaik HONOR, berharga dari RM1,539
Mod vlog HONOR 50 yang fleksibel memudahkan penghasilan vlog! Hadir dengan
mod enam multi-video, termasuk Picture in Picture, Rakaman Fast and Slow Motion,
Rakaman Dual-view dan Rakaman Pause Live, memberikan rakaman vlog yang
berterusan tanpa melalui proses suntingan panjang yang menjemukan, seiring
dengan tema Keindahan Dalam Satu Tangkapan.
Dengan kamera ultra jelas 108MP, kamera sudut luas dan kamera depan 32MP HD, penghasil vlog amatur dan profesional kini boleh menghasilkan kandungan vlog dengan lancar! HONOR 50 tampil dengan 4 warna menawan iaitu Frost Crystal, Emerald Green, Midnight Black dan HONOR Code.
Siri HONOR MagicBook, dari RM2,299 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM228

Siri HONOR MagicBook memiliki tanda dagang HONOR tersendiri, iaitu Persijilan
TÜV Rheinland Low Blue Light & TÜV Rheinland Flicker-free, memberikan
pengalaman keletihan dan tekanan mata pada tahap minimum, sekaligus sesuai
untuk kegunaan jangka panjang tanpa bimbang.
Pengecas 65W membolehkan pengguna mengecas dengan pantas di mana-mana sahaja. Tidak dilupakan kolaborasi multi-skrin yang memudahkan lagi tugasan ketika memadankannya dengan HONOR 50, terus akses fail dari telefon pintar ke
komputer riba anda.
Kerja pelbagai kini menjadi satu gaya! Penyambung WiFi-6 membuatkannya bertambah lebih baik, jadi tidak ada lagi masalah sambungan lambat semasa panggilan video dalam talian.
Lebih bergaya dengan Fingerprint Power Button Scanner dan Kamera Pop Up untuk
keselamatan dan privasi anda. Dengan harga dari RM2,299 hingga RM 3,399, anda
juga boleh membawa pulang hadiah percuma Beg Galas Komputer Riba Honor dan
Tetikus Tanpa Wayar!
HONOR MagicWatch 2 – Jam bergaya dengan lebih 100 mod senaman dan Panggilan Bluetooth

Dengan Promosi 11.11, peminat boleh menikmati diskaun sehingga 25% dan payung percuma dengan mana-mana pembelian HONOR MagicWatch 2 42mm
Agate Black, HONOR MagicWatch 2 46mm Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 46mm Black.
HONOR MagicWatch 2 menyediakan lebih 100 mod senaman, aktiviti larian, mendaki, berenang, memanjat dan triatlon. Peranti ini juga menampilkan fungsi
pemantauan oksigen darah (SpO2) untuk memantau dan menilai enam jenis
masalah tidur.
Muka HONOR MagicWatch 2 yang diperbuat daripada besi 316L menawarkan jangka hayat bateri yang menakjubkan sehingga 14 hari bagi penggunaan biasa.
HONOR Band 6 – Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan lama

HONOR Band 6 tampil dengan 1.47 inci paparan warna AMOLED. Dengan data
pemantau kesihatan harian, terima kasih kepada pemantau SpO2, memantau kadar
kepekatan oksigen kini bukan lagi mustahil.
Bersama dengan pemantau kadar degupan jantung, penjejak tidur dan pemantau stress, maklumat kesihatan kini dapat diketahui di pergelangan tangan anda. Jangka hayat bateri 14 hari memastikan anda tidak ketinggalan dengan ciri-cirinya yang hebat.
Pengecasan pantas 10 minit cukup untuk penggunaan 3 hari. HONOR Band 6 didapati dengan warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey. Begitu banyak promosi yang boleh anda dapatkan. Jangan ketinggalan dengan tawaran 11.11 yang menyeronokkan!
Untuk maklumat lanjut tentang Promosi 11.11 ini, layari ke Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store, Stor Rasmi HONOR dan laman web HONOR Malaysia di https://www.hihonor.com/my.







































