Saban hari, semakin banyak pilihan yang tersedia untuk membina kediaman pintar, dari peralatan berkuasakan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) ke pengalaman sinematik di ruang tamu dan penyelesaian multimedia lengkap sesuai digunakan untuk kerja mahupun bermain.
Pilihan berada di tangan anda. Namun, membina rumah yang pintar tidak memerlukan anda membina semula rumah dari rangka atau menggantikan semua peralatan lama dengan peralatan baharu – sugguhpun boleh dilakukan jika itu yang anda inginkan.
Sebaiknya, anda hanya perlu mengganti peralatan baharu – seperti televisyen, peti sejuk,
mesin basuh dan sebagainya – dengan versi yang mempunyai ‘smart’ function yang dapat
mempermudahkan rutin harian anda.
Jadi bagaimanakah cara untuk kita mula membina rumah pintar sendiri? Berikut adalah beberapa idea daripada Samsung mengenai faktor yang perlu dipertimbangkan apabila anda ingin mencorakkan ‘Smart Home’ anda dengan rangkaian produk pintar dari Samsung.
Peti Sejuk Family Hub Lebih Pintar Untuk Anda Sekeluarga

Mari mulakan dengan dapur anda, memandangkan inilah ruang kerap anda dan ahli keluarga tersayang meluangkan masa untuk memasak dan makan bersama. Dengan peti sejuk Family Hub Samsung anda bukan saja boleh melihat apa yang berada di dalam peti sejuk dari mana sahaja melalui kamera canggih yang berada di dalam, malah peti ini juga boleh menangkap gambar kandungannya setiap kali pintu peti ditutup.
Kerana perhatian kita mudah tergangu ketika mengatur atau mencari sesuatu untuk dimakan, kebiasaan membiarkan pintu peti sejuk terbuka boleh menyebabkan angin sejuk keluar.
Untuk menyejukkannya semula peti sejuk, peralatan anda perlu bekerja lebih keras untuk kembali ke suhu yang ditetapkan. Di sinilah kamera terbina di dalam peti sejuk Family Hub memainkan peranan penting.
Jimat masa anda dan pengunaan tenaga berlebihan dengan melihat apa yang ada di dalam peti sejuk melalui telefon pintar atau tablet sebelum anda ke dapur atau semasa membeli belah di kedai runcit.
Bukan itu sahaja, untuk kanak-kanak atau orang tua yang mungkin terlepas pandang tarikh luput pada makanan atau minuman, peti sejuk ini boleh menghantar pemberitahuan (notification) ke telefon anda tentang makanan atau minuman yang perlu dibuang.
Anda juga boleh menghubungkan peti sejuk Family Hub ke aplikasi membeli belah dan aplikasi resipi untuk merancang masakan seterusnya atau mengisi semua inventori dapur anda.
Dengan semakin banyak negeri memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional dan ramai orang kembali kepada rutin pra-pandemi mereka, ianya sangat mudah untuk anda membeli belah dengan lebih bijak berdasarkan pemberitahuan yang anda terima.
Tip pro: Samsung Family Hub™ serba lengkap dengan skrin sentuh 21.5” intuitif dan aplikasi-aplikasi pintar membolehkan anda mengurus pembelian barang runcit dengan mudah, berhubung dengan keluarga, menghiburkan tetamu dan mengawal peranti pintar anda* dengan satu sentuhan pada skrin.
Cucian Efisyen dan Pintar bersama AI Ecobubble™

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan yang kerap digunakan di rumah. Oleh itu, mesin basuh Samsung direka untuk membantu pengguna mendapatkan lebih banyak pengunaan daripada peralatan dobi mereka sambil memasti ia cekap dengan penggunaan tenaga seperti yang diperkenalkan melalui model WW7000T.
Rangkaian mesin basuh baharu ini menyatukan inovasi terbaru Samsung untuk menyampaikan hasil cucian yang hebat dengan pengalaman cucian yang pintar, diperibadikan dan dipermudahkan untuk kemudahan pengguna.
AI Ecobubble™ dari Samsung memanfaatkan teknologi kepintaran buatan. Manfaat terbesar AI Ecobubble™ adalah sifat penjimatan tenaganya. Mesin basuh ini tidak perlu lagi menggunakan air panas untuk mendapat hasil cucian yang baik.
Dengan buih yang kaya dengan sabun, anda kini boleh mambasuh pakaian anda dengan menggunakan air sejuk, sekaligus mengurangkan keperluan untuk menggunakan tenaga untuk memanaskan air sambil melindungi pakaian anda dalam masa yang sama.
Tip pro: Apabila memikirkan tentang susun atur dan kedudukan mesih basuh atau pengering baju anda, jangan lupa untuk mengambil kira akses laluan yang membolehkan anda melakukan cucian dengan mudah.
Posisikan Front Load Combo Washer with AI EcoBubble™ anda di bawah meja, atau jika
anda ingin menjimatkan lebih banyak ruang, dengan susunan secara bertindan.
Kekal Selesa Tanpa Draf Sejuk Yang Tidak Menyenangkan Dengan WindFree™ Cooling
Tidak kira di mana anda tinggal, penghawa dingin merupakan keperluan bagi kebanyakan rumah.

Walaupun Malaysia memiliki iklimnya sederhana sepanjang tahun, penghawa dingin adalah sangat penting untuk keselesaan dan kesihatan anda.
Memperkenalkan WindFree™, rangkaian penghawa dingin pintar dari Samsung yang memenuhi keperluan gaya hidup anda di samping mengekalkan ruang kediaman anda sejuk.
Di samping mengekalkan suhu yang sejuk, teknologi WindFree™ membantu dengan peredaran udara, mengurangkan kelembapan dan menapis toksin bawaan udara yang berbahaya sambil memastikan ia cekap tenaga dengan teknologi Digital Inverter Boost.
Penyongsang (inverter) penghawa dingin ini dilengkapi dengan magnet neodymium dan Muffler Tiub Berkembar untuk berfungsi dengan efisyen, senyap dan tahan lebih lama. Ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 73% untuk memastikan anda dan keluarga menikmati suhu sejuk sepanjang hari.
Tip Pro: Unit di dalam rumah perlu dipasang di lokasi pusat untuk membolehkan aliran udara yang elok dan rata ke seluruh ruang bilik. Penghawa dingin WindFree™ 2.0 menggunakan 23,000 lubang mikro untuk menyebarkan udara ke seluruh ruang bilik, mengekalkan tahap dingin yang selesa tanpa sebarang draf hembusan angin.
Kediaman Pintar: Dimanakah Permulaannya?

Jawapan kepada soalan diatas bergantung kepada tiga perkara: bajet, kemudahan dan gaya hidup ada. Membina ekosistem rumah pintar boleh menjadikan elemen terkecil dalam hidup anda lebih mudah dan lancar.
Kendalikan peranti pintar anda dengan aplikasi Samsung SmartThings yang membantu mengaktifkan setiap alat di rumah anda dan meramalkan corak penggunaan anda. Sama ada untuk menghidupkan atau mematikan peranti anda, atau membuat tetapan khusus untuk situasi tertentu, anda boleh mengawal peralatan rumah anda di mana sahaja anda berada dengan mudah.
SmartThings App, aplikasi kawalan peralatan semua-dalam-satu Samsung,
Reka ‘Smart Home’ Anda yang Memenuhi Bajet Perbelanjaan Anda dengan Pembiayaan
Fleksibel. Di setiap peringkat kehidupan, tidak kira sama ada anda bujang atau sudah mempunyai keluarga, peralatan rumah merupakan salah satu kelengkapan penting untuk menjadikan kediaman anda sebuah mahligai.
Sambil anda menambahbaik gaya hidup, melaburlah dalam peralatan pintar yang berkualiti dan memberikan diri anda pengalaman yang lebih istimewa. Kerana itu, Samsung menawarkan pembayaran ansuran yang fleksibel untuk memudahkan anda mereka bentuk rumah anda.
Nikmati pembelian seterusnya dengan bayaran ansuran sehingga 24 bulan dengan kadar faedah 0% . Selain itu, terima penghantaran secara percuma apabila anda membeli produk baharu melalui kedai dalam talian rasmi Samsung.
Untuk ketenangan fikiran, Samsung juga menawarkan jaminan untuk semua produknya.
Lebih baik lagi, promosi ‘Stay Strong Malaysia’ Samsung masih lagi berterusan hingga 31 Oktober, jadi dapatkan peralatan pintar dari Samsung sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan tawaran, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/staystrongmsia2021.







































