Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali, dengan tawaran-tawaran yang lebih hebat, keseronokan dan hiburan yang lebih meriah mulai sekarang hingga 11 November.
Festival membeli-belah terbesar platform e-dagang ini bakal menjadi pilihan jutaan rakyat
Malaysia yang mencari tawaran serta penjimatan terbaik dengan tawaran lebih nilai. Ia akan menghubungkan mereka kepada beratus ribu jenama dan penjual daripada 25 kategori produk yang menawarkan diskaun sehingga 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta tawaran RM1.
Shopee 11.11 Jualan Hebat kali ini juga bakal menawarkan hadiah terbesar setakat ini – sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East.
Penawaran hadiah ini yang telah memenangi pelbagai anugerah ini adalah hasil kerjasama
Shopee dan pemaju hartanah SkyWorld Development Group. Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi rumah baru ini.
Lebih dari itu, kehebatan tawaran 11.11 Jualan Hebat dijangka akan menarik lebih ramai
pembeli atas talian buat kali pertamanya. Ini berikutan kecenderungan kempen 9.9 Hari
Pembelian Hebat baru-baru ini, di mana 1 daripada 3 pembeli serantau adalah pengguna baharu disebabkan oleh tawaran yang menarik, penjimatan, pilihan yang meluas, hiburan dan banyak lagi yang disediakan Shopee.
Dengan lebih ramai rakyat yang membeli-belah atas talian, lebih banyak perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan akan mempercepatkan pertumbuhan digital mereka.
Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Festival membeli-belah akhir tahun kami telah berkembang menjadi lebih daripada hanya menawarkan tawaran menarik.
Shopee telah merintis usaha untuk mengembangkan ekosistem digital kami untuk membantu lebih ramai pengguna, perniagaan dan komuniti mengakses dan memanfaatkan e-dagang.
Dengan keadaan pandemik yang beransur pulih, kami menyasar untuk menjadikan 11.11 ini lebih bermakna dan membawa impak yang ketara kepada semua. Kami akan terus membawa penjimatan kepada pengguna kami, sambil memberikan sokongan yang lebih baik untuk membantu perniagaan berkembang bersama-sama komuniti tempatan supaya kami boleh menuju ke masa depan yang mengutamakan digital.”







































