Seiring dengan pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik.

Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali, kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara.

Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Wellness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan TREVO Malaysia untuk menyediakan hadiah pakej percutian yang menyeronokkan.

Kempen ini akan memberi ganjaran kepada 1,156 pemenang termasuk 56 pelanggan bertuah yang akan muncul sebagai pemenang hadiah utama di sepanjang tempoh lima bulan kempen berlangsung.

Pakej percutian yang akan dimenangi merangkumi pakej 3 hari 2 malam (3H2M) yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik di Malaysia melalui penginapan glamping, aktiviti rekreasi dan pengalaman kulinari menarik yang disesuaikan dengan lokasi negeri tersebut.

Enam pemenang akan memenangi Hadiah Utama berupa pakej percutian yang bernilai sehingga RM20,000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong beserta wang tunai dan tajaan minyak daripada Petron. Setiap pemenang Hadiah Utama boleh membawa enam (6) hingga sepuluh (10) ahli keluarga dan rakan rakan untuk bersama-sama menikmati pengalaman glamping yang tidak dapat dilupakan.

Selain daripada hadiah utama, sepuluh (10) pelanggan juga akan memenangi pakej percutian bernilai RM5,000, wang tunai dan tajaan minyak secara bulanan bermula dari November 2021 hingga Mac 2022.

Setiap pemenang boleh membawa hingga empat (4) orang ahli keluarga dan rakan-rakan. 100 lagi pemenang hadiah saguhati yang akan dipilih setiap bulan akan menerima baucar penginapan hotel VIP Pass 7 hari 6 malam bernilai RM2,000, wang tunai RM300 dan mata ganjaran PMiles bernilai RM300.

Tambahan lagi, 1,000 pemenang mingguan pula akan menerima mata ganjaran PMiles bernilai RM200 setiap seorang.

Menyokong kempen ini, Nancy Shukri percaya bahawa hadiah pakej percutian yang diberikan lengkap beserta tajaan minyak dan elaun perbelanjaan akan memberi sumbangan besar terhadap pemulihan ekonomi negara melalui aktiviti-aktiviti ekonomi di dalam komuniti yang terlibat.

“Pakej pelancongan ini akan memberi mereka peluang untuk menjalani pelbagai aktiviti rekreasi menarik seperti menikmati aktiviti taman tema, menghadiri kelas melukis batik dan berinteraksi dengan orangutan,” katanya.

Faridah Ali, Pengurus Besar Petron Malaysia berkata, “Selepas kita semua melalui tempoh penutupan ketika pandemik, kami teruja dapat bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan rakan pelancongan tempatan untuk memberi pelanggan kami ganjaran pakej percutian yang menarik untuk dinikmati bersama yang tersayang.

“Kami gembira dapat memainkan peranan dalam membantu mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan pemulihan ekonomi negara.”

“Di samping itu, pemenang akan dipilih mengikut kawasan Utara, Pantai Timur, Sentral, Selatan, Sabah dan Sarawak untuk memastikan setiap kawasan ada pemenangnya. “Ini juga cara kami untuk memberi penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa bersama kami selama ini. Kami harap dapat beri lebih banyak lagi detik “Petron Fuel Happy” melalui ganjaran eksklusif seperti kempen ini setiap kali mereka menggunakan kad PMiles,” katanya.

Peraduan ini terbuka kepada semua pemegang kad Petron Miles. Mereka dapat kemasukan automatik untuk pembelian bahan api terkumpul bernilai RM250 dalam tempoh satu bulan untuk layak dalam cabutan bertuah Hadiah Utama dan RM50 untuk hadiah tempat pertama.

Pelanggan perlu meleret kad Petron Miles mereka apabila membuat pembelian untuk menyertai pertandingan ini. Kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini bermula Oktober 2021 sehingga Mac 2022. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman
www.petronmiles.com.my