Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata graduan lepasan Diploma dan ijazah tidak perlu memilih pekerjaan ketika ini sebaliknya mengambil peluang bekerja apa sahaja sebagai satu pengalaman sebelum memilih kerjaya yang diminati kelak.
Beliau yang juga bekas Penasihat Ekonomi dan Ketua Eksekutif GLC Utama Negeri Terengganu berkata, pandemik Covid-19 telah mengubah dunia menyebabkan ramai rakyat negara ini terkesan termasuk mengalami masalah tekanan hidup.
“Kita perlu mengadaptasi cara hidup dengan norma baharu dan memulakan penghidupan baharu sesuai dengan situasi ekonomi yang belum pulih sepenuhnya.
“Bagaimanapun, selain berusaha mencari pekerjaan baharu, kita juga harus ingat akan kekuasaan Allah swt yang menentukan segala yang kita rancang,” katanya ketika menyampai syarahan kepada lepasan graduan secara dalam talian di Gong Badak, Terengganu.

Mustapha berkata, lepasan graduan perlu bangkit semula dan mengambil peluang yang di tawarkan oleh Kerajaan menerusi pelbagai tawaran seperti di sektor pertanian, penternakan, perikanan, keusahawanan dan tawaran pekerjaan dalam pelbagai sektor dibawah Kementerian Sumber Manusia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA.
Justeru, para belia dan lepasan graduan digalakkan menyertai aktiviti NGO bagi memberi manfat diri dan masyarakat kerana jika kita menyertai badan sukarelawan ianya akan menambah pengalaman dan pengetahuan serta akan mewujudkan peluang baru dalam kerjaya.
Mustapha berkata, para graduan juga perlu merebut peluang yang ada dan berusaha untuk meneroka peluang baru menerusi kecanggihan teknologi maklumat khususnya perniagaan menerusi dalam talian.



































