Saksikan siaran langsung pelancaran rasmi HONOR 50 jam 8 malam ini

Saat yang ditunggu-tunggu hampir tiba apabila HONOR 50 yang dinanti-nanti akan diperkenalkan pada 8 malam ini, dengan Malaysia diberi penghormatan menjadi negara luar China yang pertama merasmikan telefon pintar itu.

Peminat pastinya tidak melepaskan peluang menyaksikan pelancaran rasmi HONOR 50 secara langsung pada hari ini.

HONOR 50 – Prestasi Maksimum Dikuasakan oleh Cip Qualcomm Snapdragon™ 778G

HONOR amat menitikberatkan prestasi, bersama-sama nama besar Qualcomm menghasilkan prosesor Qualcomm Snapdragon™ 778G, sekaligus meningkatkan
prestasi tahap-flagship yang diidamkan ramai.

Begitu juga dengan prestasi CPU dan GPU yang ditingkatkan pada 45%, berjaya meningkatkan prestasi AI pada 123%.

Ditambah dengan inovasi GPU Turbo X, grafik berkualiti tinggi kini boleh dinikmati
dalam permainan mobil kegemaran anda, memastikan HONOR 50 berfungsi lebih
laju untuk permainan lebih lancar.

HONOR 50 – Tidak Perlu Bimbang dengan Jangka Hayat Bateri dan Pengecasan Pantas Selamat

Terima kasih kepada bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki bateri yang tahan lama, ditambah dengan 66W HONOR Wires Pengecasan Pantas – mengecas dari sifar kepada 70% dalam 20 minit sahaja, maka anda tidak lagi perlu bimbang tentang kehabisan bateri.

Langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi memastikan pengecasan selamat, dengan HONOR melaksanakan indentifikasi tiga kali ganda untuk mengesan jika pengecas, bateri dan kabel adalah buatan HONOR, sekaligus mengurangkan kadar kerosakan ketika mengecas.

Langkah keselamatan membolehkan peminat menarik nafas lega semasa merasai pengalaman pengecasan laju.

Keseronokan dan keterujaan berterusan dengan HONOR 50 yang akan dilancarkan
secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia, HITZ, Astro Gempak dan
Era pada 8 malam ini.

Mari sertai keterujaan ini dan lihat apa yang ditawarkan HONOR 50 di stor!
Untuk kemas kini terbaru, layari laman Facebook HONOR Malaysia
www.facebook.com/HONORMY dan laman sesawang HONOR STORE.