Sejak November 2020, HONOR sering hangat diperkatakan dan membuatkan orang ramai berasa kagum.

Berjaya keluar daripada kepompong lama dan bertukar menjadi jenama bebas, HONOR menetapkan standardnya lebih tinggi, kini dengan model paling ditunggu-tunggu dan mendapat pujian ramai iaitu HONOR 50.

Peminat tidak lagi perlu tunggu lama kerana HONOR Malaysia mengumumkan pelancaran penstriman langsung pada 18 Oktober 2021 jam 8 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Malaysia, Justin Li berasa amat teruja untuk berkongsi berita gembira kepada peminat tempatan bahawa Malaysia menjadi negara pertama luar China yang merasmikan telefon pintar dambaan ramai, HONOR 50.

“17 November 2020 membawa makna baru untuk saya, dengan kelahiran baru
HONOR. Meraikan ulang tahun pertama sebagai syarikat bebas, perjalanan yang
mengujakan ini adalah tentang menjunjung falsafah mengutamakan pelanggan,
sentiasa memperbaharui teknologi dan mengejar kejayaan, pada masa sama
menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada peminat seluruh Malaysia,” katanya.

Rancangan masa depan HONOR termasuklah strategi “all scenario” 1+8+N, membawa teknologi terkini HONOR seperti telefon pintar, komputer riba, tablet, peranti boleh pakai pintar, dan peranti audio masuk ke Malaysia.

Strategi produk “all-scenario” 1+8+N HONOR adalah pembinaan semula hubungan antara manusia dan perkakasan komputer, lalu menghubungkannya dengan produk HONOR secara lebih mudah.

Sistem itu membolehkan kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan dibuat secara bersepadu dengan teknologi pintar, sekaligus dapat memberikan pengalaman dan gaya hidup lebih lancar.

Pada pengenalan awal HONOR 50, HONOR Malaysia menerima pelbagai pujian daripada rakan-rakan media, pemimpin, rakan kerjasama, pendapat pakar, dan
selebriti tempatan seperti pemain badminton negara Goh Liu Ying dan Chan Peng
Soon, pelakon Norman Hakim, Shiha Zikir, Eyka Farhana, Jojo Goh, Qiu Wen, serta
ramai lagi.

Ketua Industri, Teknologi dan Telekomunikasi Google Malaysia, Lim Su Ann berkata,
di Google dan YouTube mahu melihat lebih banyak aktiviti dihasilkan pengguna dan youtubers Malaysia dengan HONOR 50.”

Naib Presiden Senheng Malaysia, Jacky Pang berkata, “Tahniah HONOR! Bagi
meraikan pencapaian HONOR Malaysia, dapatkan HONOR 50 di kedai-kedai
Senheng dengan hadiah menarik! Jangan ketinggalan!”

HONOR 50 yang dinanti-nanti kini tiba dan akan membuatkan orang ramai teruja. Jangan lupa pertemuan kita pada 18 Oktober, jam 8 malam secara penstriman langsung di laman Facebook HONOR Malaysia dan Gempak Ria.

Untuk maklumat terkini, lawati HONOR Store, Shopee’s HONOR Official Store, Lazada’s HONOR Flagship Store atau laman Facebook rasmi HONOR Malaysia di
www.facebook.com/HONORMY.