Penghantaran kenderaan Perodua terus ditambah baik untuk 3 bulan berturut-turut sebanyak 102% kepada 14,160 unit pada bulan September daripada 6,988 unit pada bulan Ogos apabila situasi bekalan bertambahbaik secara beransur-ansur.

“Rangkaian bekalan automotif telah menunjukkan peningkatan tetapi masih belum
mencapai potensi yang sepenuhnya. Kami akan terus berusaha bersama-sama para
pembekal dan pengedar kami untuk meningkatkan keselamatan dan produktiviti,”
kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Beliau menjelaskan bahawa pertumbuhan secara beransur-ansur dalam pengeluaran dan jualan disertakan dengan langkah-langkah pengawasan kualiti yang ketat di dalam operasi Perodua, adalah untuk memastikan kepuasan para pelanggannya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang terus bersabar
kerana kami kini sedang meningkatkan pengeluaran kami,” katanya.

Daripada perspektif setakat tahun ini, Perodua menjual 119,093 kenderaan antara
Januari dan September 2021 berbanding 145,012 pada tempoh yang sama tahun
2020.

Dalam perbandingan suku kedua tahun ini dengan suku ketiga, penjualan merosot
sebanyak 44.6% kepada 21,803 unit antara bulan Julai dan September daripada
39,381 kenderaan yang didaftarkan antara April dan Jun tahun ini.

Sekatan Pergerakan Kedua di seluruh negara bermula pada 1 Jun 2021 dan
berakhir secara berperingkat mulai 16 Ogos 2021.

“Suku keempat tahun 2021 memberikan ramalan yang lebih baik berbanding dua
suku sebelumnya, terutama sekali peningkatan ketara dalam pengurangan kes
COVID-19 di seluruh negara serta kadar vaksinasi yang menghampiri 90% populasi
orang dewasa Malaysia.

“Kami ingin mohon maaf di atas kesukaran yang dihadapi disebabkan oleh kelewatan penghantaran dan kami akan membantu para pelanggan kami dengan sebaiknya untuk memastikan kenderaan Perodua mereka dihantar secepat
mungkin,” katanya.