Keterhubungan mobiliti adalah cara baru untuk industri automotif, dan dengan adanya internet, perisian dalaman serta sistem kedudukan global yang canggih boleh dicapai melalui telefon pintar.

Bagi pemilik kenderaan Toyota, apa yang sebelum ini dipanggil bantuan jalanan telah melangkah lagi ke hadapan dengan pengenalan aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota.

Ditawarkan pertama kali dalam industri, apa yang diperlukan kini hanyalah beberapa leretan di telefon anda untuk meminta bantuan segera, walaupun bagi perkara sekecil kehabisan minyak atau kebocoran tayar.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan meminta bantuan menerusi aplikasi mudah alih di telefon, dan bantuan akan tiba sepantasnya. Sudah tentu, jika anda lebih gemar untuk bercakap dengan seseorang di talian, anda masih boleh menghubungi talian bebas
tol Toyota 1-800-888-247.

TOYOTA VEHICLE TELEMATICS SYSTEM

Dalam kecemasan, kita sering merasa resah dan tidak tahu apa sepatutnya yang perlu dilakukan, bahkan sama ada bantuan akan tiba atau sebaliknya. Inilah masalah yang ingin ditangani oleh aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota.

Ciri utama yang dibina dalam aplikasi mudah alih ini termasuklah butang SOS dengan ciri pengesanan jejak masa nyata. Pengguna boleh menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan akan tiba kepada mereka.

Presiden UMW Toyota, Ravindran K berkata, Bantuan Jalanan 24Seven Toyota menawarkan baik pulih minor di lokasi serta khidmat tundaan (hingga 50 km) kepada pemilik kenderaan Toyota (tertakluk kepada terma dan syarat).

Bantuan Jalanan 24Seven Toyota turut dihubungkan dengan Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS) yang dibina di dalam model kenderaan generasi terbaru kami. Ini membolehkah pemandu mempunyai hubungan lebih peribadi dan unik dengan kenderaan mereka, sebuah interaksi yang tidak boleh dinikmati pada 20 hingga 30 tahun lalu.

Dengan VTS, kenderaan boleh dipantau menggunakan GPS, dan lokasinya boleh dikenal pasti melalui aplikasi mudah alih. Ini tidak hanya membantu pihak berkuasa yang terlibat untuk mengesan dan menemukan semula kenderaan jika perlu, tetapi sistem ini juga boleh mengesan impak untuk membolehkan khidmat kecemasan dihantar ke lokasi jika ada keperluan.

MANFAAT UTAMA BANTUAN JALANAN 24Seven TOYOTA
— Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu di seluruh negara
— Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih, tablet atau nombor talian bebas tol
— Baik pulih minor di lokasi percuma
— Tundaan percuma dalam negeri (tertakluk terma dan syarat)
— Muat turun percuma aplikasi di Googe Play Store atau Apple App Store

MANFAAT UTAMA SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA
— Pemantauan kenderaan melalui GPS
— Respon kecemasan sekiranya ada impak dikesan
— Koordinasi dengan pihak berkuasa berkaitan oleh Pusa Kawalan 24/7
— Menjejak beberapa kenderaan dalam satu aplikasi
— Melihat dan merakam maklumat operasi kenderaan
— Makluman dan notifikasi untuk keadaan spesifik
— Pemantauan skor pemandu untuk tabiat memandu yang lebih selamat
— Jaminan 5-tahun