Sempena Hari Malaysia, BMW Group Malaysia sedang menghangatkan lagi sambutan ini bersama barisan jentera BMW M dan pelbagai kempen yang istimewa.

“Meskipun kemeriahannya tidak dapat menandingi sambutan ///Malaysia Day Drive yang dianjurkan pada tahun lalu, ia tidak bermaksud sambutan tahun ini kurang maknanya.

Kali ini, kami akan berkolaborasi dengan wakil-wakil pengedar kami untuk menghimpunkan para peminat mengikut garis panduan keselamatan yang ditetapkan bagi meraikan semangat dan kebingkasan yang telah kita jiwai demi Malaysia.

BMW M5

Dan yang paling utama sekali, kami berharap sambutan Hari Malaysia ke-58 dapat menyuntik semangat baharu tatkala negara sedang beransur pulih. Malah aksara M yang
kami julang adalah untuk Malaysia juga!” ujar Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Kempen istimewa ini akan melibatkan model-model seperti BMW M8 Coupé, BMW M8 Gran Coupé, BMW M850i xDrive Coupé, BMW M3 Competition (dengan Innovation Package), BMW M5, dan BMW X4 M Competition – didatangkan dengan tawaran istimewa seperti pengecualian cukai, kadar faedah 0%, dan tawaran tukar beli yang menarik.

Auto Bavaria.

Auto Bavaria akan mengadakan kempen dan tawaran pada Hari Malaysia bagi BMW M8 Gran Coupé, BMW M8 Coupé, dan BMW M850i xDrive Coupé di semua pusat pengedarnya.

Ingress Auto Damansara dan Puchong.

Ingress Auto akan hadir dengan “M configurator” serba baharu sempena Hari Malaysia.

Quill Automobiles Petaling Jaya.

Quill Automobiles akan meraikan minggu yang istimewa dengan menampilkan BMW M850i xDrive Coupé, yang merupakan tarikan utama pusat pengedarannya sempena Hari Malaysia.

Wheelcorp Premium Setia Alam.

Wheelcorp Premium akan menumpukan sambutannya pada BMW M4 Competition dengan
Innovation Package, serta kempen istimewa bagi jentera mercu, BMW M5.

Millennium Welt Seremban.

Millennium Welt meraikan Hari Malaysia dengan BMW M3 Competition, hadir dengan Innovation Package. Nikmati tawaran yang istimewa bagi jentera Sedan Premium Bersaiz Sederhana pada hari itu.

Seong Hoe Premium Motors Melaka.

Seong Hoe Premium Motors akan meraikan Hari Malaysia bersama BMW M3 Competition dengan Innovation Package, serta BMW M8 Gran Coupé.

Para pelanggan dan peminat dapat menikmati kempen dan tawaran istimewa bagi barisan kenderaan M daripada pusat pengedaran yang terletak di Melaka ini.

Tian Siang Premium Auto Ipoh dan Butterworth.

Tian Siang Premium Auto akan meraikan Hari Malaysia kali ini dengan BMW X4 M Competition.

Regas Premium Group.

Pusat pengedaran BMW M yang utama di Sarawak dan Sabah bakal menyambut Hari Malaysia dengan BMW X4 M Competition.