“Jobstreet komited terhadap membantu membina semula ekonomi agar kita semua, sebagai satu negara, pulih daripada pandemik,” berkata Pengarah Urusan JobStreet, Vic Sithasanan.

Platform pencarian pekerjaan terkemuka Malaysia, JobStreet mengumumkan inisiatif ‘Jom Apply Kerja’ untuk membantu rakyat yang menganggur mendapatkan ‘pekerjaan yang bermanfaat’ – sebagai sebahagian daripada Program Pemangkin Perniagaan dan Pelan Pemulihan Negara.

Vic Sithasanan berkata, kesan sekatan perintah kawalan pergerakan ke atas industri perkhidmatan bukan perlu amat membebankan guna tenaga dan perniagaan, maka organisasi ini bakal melaksanakan sedaya upayanya untuk memastikan rakyat Malaysia mendapatkan kembali pekerjaan. 

Vic Sithasanan

“Jobstreet komited terhadap membantu membina semula ekonomi agar kita semua, sebagai satu negara, pulih daripada pandemik,” katanya sambil menambah bahawa kempen itu turut diadakan sempena Hari Malaysia yang bakal tiba.

Inisiatif ‘Jom Apply Kerja’ bertujuan memperkasakan pencari kerja kolar biru supaya dapat kembali bekerja di samping menyokong majikan daripada sektor F&B dan sektor peruncitan dalam memenuhi keperluan pengambilan pekerja mereka. Buat masa ini JobStreet mempunyai lebih seribu jawatan yang melibatkan dua sektor ini.

Sementara itu, Pengurus Operasi Domino’s Pizza Malaysia, Mohd Raimi Mustafa berkata, pihaknya gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif yang dapat membantu membina semula ekonomi demi pemulihan daripada pandemik.

“Sememangnya kesan sekatan perintah kawalan pergerakan membebankan – dan program JobStreet bakal meringankan kos pengambilan pekerja sambil membantu kami mencari calon yang sesuai bagi jawatan yang perlu diisi segera,” katanya.

Demi menyemarakkan semangat pengganggur Malaysia untuk memohon jawatan ini, pencari kerja berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai RM15,000 seperti Honda Vario 150cc, serta telefon Oppo A74 5G dan baucar Grab.

Bantuan Jobstreet untuk perniagaan yang terkesan oleh pandemik

Pada masa yang sama JobStreet juga menjalankan program untuk membantu perniagaan yang terkesan oleh pandemik dan sekatan perintah kawalan pergerakan.

Untuk industri peruncitan dan F&B, syarikat menawarkan akses percuma ke platform bagi perniagaan yang ingin mengambil pekerja untuk jawatan barisan hadapan. Selain itu, JobStreet juga menyediakan sokongan tambahan untuk pengambilan pekerja – calon hanya perlu mengimbas kod QR untuk mengakses senarai penuh jawatan kosong di syarikat tersebut. 

Bagi syarikat yang mencari wawasan perniagaan dan industri, untuk pertama kalinya JobStreet telah mengambil langkah bekerja sama dengan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi. 

Inisiatif terbaru JobStreet ini adalah lanjutan daripada usaha sama terkini dengan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) untuk menawarkan insentif latihan khusus demi menggalakkan syarikat mengambil bakat baharu.

Usaha sama ini bertujuan untuk mencipta peluang pekerjaan baharu dengan membantu syarikat mengurus jumlah pengambilan pekerja dan kos suai tugas untuk kelangsungan perniagaan.

Melalui usaha sama dengan HRD Corp ini, majikan boleh membuat tuntutan sehingga RM3,600 (RM600 x 6 bulan) sebagai insentif latihan, demi mengurangkan jumlah kos penggajian bakat baharu, terutama bagi graduan menganggur dan lepasan sekolah. Insentif ini diadakan khusus bagi pengambilan yang dibuat melalui platform JobStreet.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ‘Jom Apply Kerja’, sila klik di sini.