Dalam usaha untuk memberikan sokongan nutrisi kepada komuniti yang terjejas dan
berpendapatan rendah, Nestlé EVERYDAY ® telah bekerjasama dengan sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire
Project) bagi mengedarkan lebih 20,000 pek “Bekalan Nutrisi” kepada keluarga B40, baru-
baru ini.

Inisiatif komuniti ini adalah sebahagian daripada kempen Nestlé EVERYDAY ® yang bertujuan mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan pengambilan nutrisi yang baik untuk penjagaan kesihatan, di kala berdepan dengan pelbagai cabaran pandemik COVID-19.

Setiap pek dilengkapi dengan Susu Tepung Nestlé EVERYDAY ® 300 gram dan NESTUM ® All Family Cereal 250 gram yang dapat membekalkan vitamin dan mineral penting bagi menyokong pertumbuhan kanak-kanak dan kesejahteraan keluarga.

Zaquan Rahmat (R), Empire Project Coordinator delivered the Bekalan Nutrisi packs to Dinesh Kalippen, Presiden Belia India Tambun Ipoh

Pemakanan sihat dan seimbang amat penting dalam mengekalkan sistem imunisasi yang baik bagi mencegah, melawan dan memulihkan masalah kesihatan, serta memperkuatkan daya tahan diri.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Milks Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee berkata, ini adalah masa yang kritikal untuk memastikan semua rakyat Malaysia, terutamanya keluarga daripada golongan B40 yang kurang berkemampuan atau
berpendapatan rendah untuk mendapatkan nutrisi asas.

Cabaran kewangan dan gaya hidup yang tidak aktif sepanjang tempoh pandemik COVID-19 menyebabkan kebanyakan ahli keluarga dan kanak-kanak terabai dari segi pemakanan yang sihat dan seimbang.

Suria Jamaludin dari PPR Desa Rejang, berkata pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak Nestlé EVERYDAY ® dan Empire Project dengan tangan yang terbuka, terutamanya bagi golongan miskin yang terkesan akibat pandemik ini.

Lebih daripada 2,000 isi rumah di PPR Desa Rejang ini amat memerlukan sumbangan
makanan dan tidak mendapat keperluan nutrisi dan zat makanan yang mencukupi kerana
kurang berkemampuan. Oleh itu, kami amat beruntung dan bersyukur kerana pek ‘Bekalan Nutrisi’ ini dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif sepanjang tempoh pandemik ini.”

Empire Project telah beroperasi sejak empat tahun yang lalu dan berfungsi sebagai NGO
bebas yang menjalankan aktiviti kebajikan di seluruh Malaysia termasuk Bantuan Bank
Makanan COVID -19 dan pemberian makanan kepada golongan gelandangan.

Pengasas Empire Project, Mohd Ashraff Khan berkata, pandemik COVID-19 telah memberi
kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah, serta mengakibatkan kesan yang
buruk terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak.