Warga Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) sekali lagi mempamerkan keprihatinan mereka dengan menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana banjir kilat dan kepala air di Yan, Kedah.

Kolonel Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju di bawah penyelarasan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kedah telah turut serta dalam kerja-kerja pemulihan mencuci bangunan dan rumah orang awam termasuk sebuah rumah pasangan warga emas.

Kawasan yang terlibat dilaporkan sangat memilukan dengan kebanyakkan rumah dan peralatan di dalamnya mengalami kerosakkan teruk akibat lumpur selut yang tebal.

Sorotan bencana itu juga, sebanyak 930 keluarga terkesan dengan 5 kematian dicatatkan setakat 22 Ogos 2021.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat jentolak untuk membersihkan lumpur selut akibat daripada banjir tersebut bagi memberi laluan kepada kenderaan lain untuk masuk ke lorong, kawasan perumahan dan bangunan yang terkesan,” katanya.

Muzammil secara peribadi mewakili Yayasan Peneraju telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM2,500 kepada 10 keluarga dan sebuah rumah anak yatim di lokasi di beberapa lokasi termasuk Yan Kechil, Kg. Sg Raga dan Yan Besar.

“Semoga setiap bantuan untuk mangsa banjir dipercepatkan dan bagi mereka yang terjejas berupaya bangkit kembali untuk membina semula kehidupan,” katanya lagi.