Tetap bergaya dan padankan aksesori anda dengan trend terkini tanpa menjejaskan ciri-ciri luar biasa Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G dari Samsung!

Dengan dua warna pastel yang anggun –Violet dan Mint – tersedia untuk dipilih bagi kedua-dua model, anda akan kelihatan lebih bergaya dengan pilihan anda.

Kegemaran ramai sejak tahun lalu, warna seperti Violet dan Mint bukan sahaja telah
mendominasi industri teknologi – dari fesyen hingga reka bentuk dalaman, warna-warna ini
pastinya dapat bertahan menjadi warna trending pada tahun-tahun yang akan datang.

Untuk penampilan yang lembut dan romantis, padankan pakaian anda dengan warna neutral atau monokromatik! Sekiranya anda lebih daring, padankan telefon pintar warna Violet anda dengan pakaian atau aksesori kuning atau merah jambu.

Bagi telefon pintar warna Mint pula, warna seperti pic dan biru lembut sangat sesuai untuk dipadankan bersama.

Jika warna pastel bukan kegemaran anda, Galaxy A22 juga boleh didapati dalam warna Black dan Gray bagi Galaxy A22 5G. Warna-warna klasik dan chic ini mudah dipadankan dengan semua warna, terutamanya dengan warna perak!

Walaupun anda bergaya hanya untuk duduk di rumah, jangan sia-siakan usaha anda dan
tangkap beberapa OOTD dengan kamera utama 48MP kami! Dengan teknologi Tetra Binning, anda boleh menangkap gambar dengan lebih jelas dan terang, tak kira pada waktu siang atau malam.

Bimbang galeri gambar anda akan memenuhkan storan dalaman 128GB 1 dalam masa
yang singkat? Jangan risau dan tambahkan sahaja storan tambahan dengan kad microSD
hingga 1TB.

Selain itu, Galaxy A22 & Galaxy A22 5G juga dibekalkan dengan bateri 5,000mAh yang berkuasa, memberikan anda kelebihan untuk terus menangkap gambar lebih banyak.

Dengan setiap pembelian Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G dibuat sehingga 31 Ogos 2021, anda juga akan menerima sarung pelindung Soft Cover bernilai RM39 dengan percuma.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan telepon pintar anda disini:
 Galaxy A22: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a22-mint-
128gb-sm-a225flgrxme/
 Galaxy A22 5G: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a22-5g-
gray-128gb-sm-a226bzajxme/