Untuk meraikan pelancaran Nespresso Atelier dan Barista Creations for Ice, Nespresso
Malaysia memperkenalkan festival interaktif maya pertamanya kepada penggemar kopi di
Malaysia.

Festival maya yang mengasyikkan ini diadakan bagi menyediakan ruang digital untuk
rakyat Malaysia menikmati percutian maya interaktif, meneroka topik kreatif dan berseronok menyaksikan pelbagai persembahan seperti muzik, rancangan bual bicara dan bengkel daripada penyedia kandungan dan bakat-bakat terkemuka – semuanya dalam keselesaan di rumah mereka sendiri.

Nespresso Summer Fest ini terbuka kepada umum bermula dari 11 Ogos hingga 12 September 2021, di mana pengunjung boleh ‘berjalan-jalan’ di sekitar ruang festival maya ini dan meneroka pelbagai zon pengalaman bertema, manakala persembahan muzik, rancangan bual bicara dan bengkel akan berlangsung pada 14 dan 15 Ogos 2021.

1. Barista Creations Experiential Pavilion (Pavilion Pengalaman Rekaan Barista):
Ketahui lebih lanjut mengenai kopi Nespresso dan beberapa jenis minuman musim panas Nespresso yang berbeza sama ada bersusu atau tanpa susu di zon ini. Atasi cuaca panas dengan Freddo Intenso Tiki Sparkle, Provençal Freddo Delicato Lemonade, Ice Vanilla Cocoa, Latte Marine Blue dan Watermelon Mocktail.

2. Nespresso Atelier Experiential Zone (Zon Pengalaman Nespresso Atelier):
Berseronoklah di ruangan pengalaman AR interaktif untuk menyaksikan pakar kopi Nespresso menyediakan kopi panas dan berais menggunakan mesin kopi Nespresso Atelier yang inovatif.

3. Summer Fest Lounge (Ruang Rehat Festival Musim Panas): Lihat senarai aktiviti secara langsung pada 14 dan 15 Ogos! Pengunjung boleh berseronok dan menyertai bengkel, festival muzik dan rancangan bual bicara di ruangan ini. Jika anda terlepas mana mana aktiviti, usah khuatir kerana rakaman video yang tersedia dapat dímainkan semula di ruangan ini.

Sepanjang perjalanan festival ini, semua pengunjung akan didaftar secara automatik untuk
menyertai pertandingan, dan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa setelah mereka menyelengkapi beberapa tugasan dan permainan mini.

Selepas Summer Fest ini berakhir pada 31 Ogos, Nespresso akan memilih seorang penenang Hadiah Utama. Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang satu unit mesin Nespresso Atelier dan bekalan kapsul kopi dengan bernilai selama setahun; sementara 65 pemenang lagi akan menerima hadiah saguhati.