“Saya selaku Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia menghormati keputusan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang jelas menunjukkan Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah seorang yang berjiwa besar,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau berkata, peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah satu tindakan yang sangat berani dan moga Allah SWT merahmati memberi kekuatan serta ketabahan kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Kepada Allah SWT kita berserah. Allah SWT jua sebaik-baik perancang. Wanita UMNO pasti terus utuh dan sentiasa mendokong dalam perjuangan parti.

“Saya dan seluruh Wanita UMO Malaysia berdiri teguh untuk mempertahankan parti keramat UMNO dalam memperjuangkan kebenaran sejati.

“Wanita UMNO tidak sesekali gentar dan undur walaupun dalam keadaan sukar sekalipun, waima keutamaan sekarang ialah membantu rakyat sebaik habis dalam keadaan seadanya,” katanya yang juga Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang.