Velotrade, peneraju kewangan perdagangan yang semakin berkembang dengan ibu pejabat di Hong Kong, telah memperoleh dana dan menjalin kerjasama dengan Vynn Capital, firma modal teroka berfokuskan Asia Tenggara dengan pelaburan yang terkenal seperti Carsome dari Malaysia dan Travelio dari Indonesia.

Velotrade mengendalikan platform digital yang memadankan syarikat-syarikat korporat yang memerlukan modal kerja dengan pelabur-pelabur institusi yang bersedia memberikan pendahuluan dana.

Menerusi pembiayaan serta perkongsian baharu dengan Vynn Capital ini, Velotrade merancang untuk meningkatkan infrastruktur teknologinya dan berkembang ke geografi baharu di Asia Tenggara.

Velotrade, dilancarkan pada tahun 2017, sejak itu memberi pembiayaan jangka pendek invois belum lunas kepada beribu-ribu syarikat korporat termasuk syarikat Fortune 500 dan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana), yang menunjukkan keperluan segera untuk pembiayaan pembekal.

Di samping itu, didorong oleh objektif untuk memberi hasil berterusan dalam tempoh jangka panjang, syarikat ini mengikuti pengurusan risiko yang berhemah dan mematuhi peraturan pengurusan risiko tambahan sebagai satu-satunya platform pembiayaan perdagangan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, yang meletakkan Velotrade di kedudukan sebagai sumber kelas aset baharu kebolehterimaan perdagangan yang dipercayai untuk pelabur-pelabur institusi.

Dengan ekosistem pelanggan yang semakin berkembang, Velotrade terus menambah produk ke dalam penawarannya dan sangat aktif dalam pembiayaan e-dagang, pembiayaan pesanan belian, pinjaman eksport dan sebagainya.

Velotrade turut diiktiraf oleh bank-bank global yang utama seperti MUFG Bank, menerusi pelantikan terkini syarikat fintech ini sebagai pengurus pemprosesan invois dalaman MUFG Bank.

Selain itu, Velotrade dianugerahkan penghargaan berprestij menerusi anugerah Penyelesaian Invois PKS Terbaik di TechChallenge, satu inisiatif bersama antara Bank for International Settlements Innovation Hub (BISIH) dan The Hong Kong Monetary Authority (HKMA).

Melalui perkongsian dengan Vynn Capital, Velotrade akan meningkatkan lagi operasinya dan berkembang ke Malaysia dan pasaran-pasaran lain di Asia Tenggara.

Selain daripada pembiayaan, Vynn Capital akan menyumbang kepakaran pembinaan syarikat dengan aktif dan menyediakan akses kepada jaringan sumber yang luas di Asia Tenggara kepada Velotrade.

Berhubung kerjasama dengan Vynn Capital, Vittorio De Angelis, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Velotrade, berkata, “Kami sangat gembira untuk bekerjasama dengan Vynn Capital.

Perkongsian ini akan membantu kami memperluas jangkauan geografi kami dan mengukuhkan lagi kehadiran kami di Malaysia dan seluruh pelosok Asia Tenggara. Apabila memilih rakan kongsi, amat penting memiliki sinergi untuk mengeksploitasi dan dua firma kami ada banyak untuk dikongsikan bersama!”