Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim digunapakai sebagai PPVIN

PROTON memulakan proses vaksinasi bagi semua kakitangan mulai hari ini. Pekerja yang bertempat di Tanjung Malim dan Shah Alam, yang belum lagi divaksinasi akan mendapat temu janji melalui applikasi MySejahtera, yang akan berlangsung selama beberapa hari bagi memastikan kesemua yang mendaftar untuk memperoleh vaksin akan mendapatkan dos pertama mereka.

Bagi mempercepatkan usaha di Tanjung Malim, pihak syarikat telah bekerjasama dengan pihak berkuasa peringkat Negeri dan Persekutuan untuk menjadikan kompleks sukan sebagai pusat pemberian vaksin industri (PPVIN).

Dengan kapasiti maksimum harian lebih kurang 800 orang, PPVIN tersebut akan beroperasi selamaenam hari bagi memastikan warga PROTON serta pembekal yang berada di sana mendapat vaksin mereka.

Bagi kakitangan di Shah Alam pula, mereka akan mendapat vaksin mereka di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kerana kekangan ruang yang besar dan syarat pematuhan SOP diperlukan oleh PROTON untuk mewujudkan PPV sementara.

“PROTON berharap dengan proses vaksinasi warga kerja, kami akan membantu mengurangkan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Dengan inisiatif sama dari syarikat lain, ia mampu menghidupkan semula industri automotif yang terhenti seketika semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Dengan permulaan hari ini, proses vaksinasi ini akan diulangi semula tiga minggu kemudian bagi warga PROTON mendapatkan dos kedua mereka. Syarikat menjangkakan kebanyakan kakitangan mereka akan mendapat vaksin penuh menjelang pertengahan Ogos.