Ketika Hari Raya Aidiladha, umat Islam di seluruh dunia memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang telah diuji dengan melaksanakan ibadah korban atau amalan mengorbankan binatang peliharaan mengikut hukum syarak.

Selepas ibadah korban dilaksanakan, daging tersebut akan diagihkan kepada ahli keluarga dan komuniti yang memerlukan.

Walaupun ibadah korban tidak wajib dari segi hukum tetapi ia amat digalakkan jika mampu. Sempena perayaan Aidil Adha yang akan tiba tidak lama lagi, tentunya banyak pakej korban tersedia menjadikan anda tidak pasti pakej mana yang anda patut pilih.

JADI INI ADALAH 4 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN BERSAMA IKHLAS:

1. Laksana ibadah korban dengan mudah, selamat dan tanpa kebimbangan

IKHLAS menyediakan perkhidmatan yang amat mudah melalui platform dalam talian dan aplikasi IKHLAS untuk membantu individu memenuhi kewajiban mereka dengan mudah, selamat dan tanpa kebimbangan dengan hanya beberapa klik sahaja.

Adakah anda tahu? IKHLAS bekerjasama dengan penternak tempatan di seluruh Malaysia dalam segala aspek pengurusan proses korban dan memastikan semua proses  dijalankan berasaskan syariah.

Para penternak juga mempunyai kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk melakukan penyembelihan di pusat penyembelihan berdaftar dengan JPV. Jadi, yakinlah bahawa korban bersama Ikhlas dijalankan dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Setiap individu yang menempah pakej dengan IKHLAS juga akan menerima sijil rasmi korban dan boleh memohon gambar korban di ikhlas.com untuk tempahan yang dibuat bermula hari ini hingga 12 Julai 2021.

2. Daging korban akan dihantar terus ke rumah

Individu yang menempah pakej tempatan korban biasa IKHLAS mempunyai pilihan untuk perkhidmatan penghantaran daging korban terus ke rumah mereka atau kepada sesiapa yang ingin didermakan.

Perkhidmatan penghantaran ke rumah ini tersedia di kawasan terpilih di seluruh negara. Sila layari ikhlas.com untuk melihat senarai penuh perkhidmatan ini.

3. Membantu komuniti yang memerlukan

Ingin berkongsi dan melaksanakan sedekah melalui korban anda tahun ini? IKHLAS menawarkan dua pakej iaitu Korban Asnaf Tempatan dan Korban Antarabangsa.

Untuk pakej Korban Asnaf Tempatan, daging korban akan diagihkan di lokasi di  Malaysia sementara untuk pakej Korban Antarabangsa, daging korban akan diagihkan ke lebih 35 buah negara termasuk Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, Kenya, Somalia, Tanzania dan banyak lagi.

Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui pakej-pakej korban ini dan semoga ianya akan mengukir senyuman di wajah mereka yang memerlukan pada Hari Raya Aidiladha yang akan datang nanti.

4. Kumpul BIG Poin dan gunakan di airasia Super App

Hanya dengan IKHLAS! Individu yang menempah korban bersama kami akan menerima BIG Poin. BIG Poin ini boleh digunakan di airasia Super App untuk membeli barangan keperluan harian, makanan, perkhidmatan kesihatan dan banyak lagi!

Ikuti 4 langkah mudah ini untuk membuat tempahan sekarang!

Langkah 1

Layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi IKHLAS melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Langkah 2

Pilih pakej korban anda – Korban Tempatan (Korban Asnaf atau Korban Biasa) atau Korban Antarabangsa.

Langkah 3

Isi maklumat anda, pilih bilangan korban dan bayar menggunakan kad kredit atau pembayaran perbankan melalui FPX.

Langkah 4

Setiap individu yang berjaya membuat tempahan akan menerima emel pengesahan! Anda juga boleh semak status korban di ikhlas.com/qurban