Telefon pintar siri HONOR 50 yang menjadi bualan hangat peminat peranti di seluruh dunia dilancarkan secara besar-besaran semalam dan HONOR Malaysia juga akan memperkenalkan dua lagi komputer riba siri baru HONOR MagicBook X 15 pada harga lebih berpatutan pada 19 Jun ini.

Kehadiran HONOR MagicBook X 15 akan membantu membina strategi ekosistem saling sambung HONOR yang dikenali sebagai 1+8+N apabila HONOR 50 tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

HONOR MagicBook X 15 dalam sekilas pandang

HONOR MagicBook X 15 – Kompak dan berkuasa; kerangka logam aluminium premium dan paparan penuh untuk keselesaan mata

HONOR MagicBook X 15 hadir dengan kerangka badan logam yang ringan dan nipis, membuatkan komputer riba ini tahan lasak. Ditawarkan dalam warna Space Gray, beratnya hanya 1.56kg dengan ketebalan 16.9mm sahaja. Ini memudahkan pengguna membawa komputer riba ini ke mana-mana seperti ke tempat kerja dan kelas.

Walaupun nipis dan ringan, HONOR MagicBook X15 melangkaui sempadan skrin komputer riba tradisional. Ianya dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan sempadan 5.3mm di sisi kiri dan kanan. Nisbah skrin 87% memberi kesan paparan gambar berkualiti tinggi dengan warna yang terang.

Skrin HONOR MagicBook X15 diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan tidak berkelip. Ciri ini melindungi mata pengguna dan mengelak daripada berasa letih. Ini membolehkan pengguna menyiapkan tugasan dan berhibur dengan lancar.

Justeru, komputer riba ini sangat sesuai bagi pengguna yang perlu duduk di depan skrin untuk waktu lama.

Mengenai konfigurasi perkakasan HONOR MagicBook X 15, ianya dipadankan pemproses Generasi ke-10 Intel Core selain dipasangkan bateri berkapasiti besar 42Wh.

Sistem penyejukan berkuasa besar membolehkan komputer riba ini mencapai pengambilan udara hingga 38% lebih tinggi serta pelesapan haba cekap bagi mengekalkan suhu pada jangka masa penggunaan lama. Pengguna tidak perlu risau komputer riba akan menjadi panas.

Dengan sekali cas penuh bateri, pengguna dapat menyaksikan video berkualiti 1080 piksel sehingga 7.86 jam atau pun melayari laman web selama 7.3 jam. Pengecas pantas 65W yang baru ini hanya seberat 200g dan mampu mencapai 53% bateri dalam tempoh 30 minit.

Ia dilengkapi memori dwi-saluran 8GB DDR4 yang meningkatkan kadar penyiaran sehingga 50% berbanding memori saluran tunggal. Ini sangat sesuai bagi pengguna yang mempunyai banyak tugasan berat kerana fungsinya yang sangat cekap dan lancar.

Penstoran dalaman terpantas PCIe NVMe SSD mempertingkatkan prestasinya untuk lebih pantas memindahkan fail, melancarkan mengedit gambar, menyunting video atau bermain permainan komputer.

Di samping itu, siri HONOR MagicBook X 15 turut mengetengahkan reka bentuk dua-dalam satu butang kuasa serta fungsi pengecaman cap jari yang selesa dan lebih selamat. Pada masa sama, fungsi kolaborasi “Multi-Screen” dapat mewujudkan interaksi sistem-silang masa nyata dengan telefon pintar.

Gunakan papan kekunci dan tetikus untuk mengendali telefon pintar di skrin komputer riba. Pengguna boleh memindahkan dokumen dan gambar dari telefon pintar ke komputer riba dan juga sebaliknya, serta berinteraksi.

Maklumat dan harga HONOR MagicBook X 15

Jualan HONOR MagicBook X 15 akan bermula pada 19 Jun ini. Hadiah percuma menarik bakal menanti pembeli terawal siri komputer riba HONOR MagicBook X 15 di stor fizikal HONOR Experience Stores, Shopee HONOR Official Store dan penjual sah HONOR di seluruh negara. Hadiah percuma berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Siri HONOR 50 yang lama ditunggu-tunggu akhirnya diperkenalkan secara rasmi kepada peminat HONOR! Telefon pintar ini membawa perubahan besar ke hadapan dalam videografi dan memberi hasil Vlogging berkualiti tinggi kepada penggunanya.

Mengenai spesifikasi HONOR 50 dan HONOR 50 Pro, dua telefon pintar ini masing-masing menampilkan penyediaan kuad kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP berserta kamera kedalaman 2MP.

Kombinasi lensa berbeza ini menghasilkan gambar dan video yang lebih jelas, perincian lebih halus dengan sudut pandangan lebih luas.

HONOR 50 dipasangkan paparan skrin 6.57 inci berlengkung 77 darjah manakala HONOR 50 Pro adalah 6.72 inci. Siri HONOR 50 salah satu telefon pintar dalam industri peranti dilengkapi skrin tahap retina teratas yang serasi dengan 1.07 bilion warna.

Ini memberi hasil visual yang menakjubkan dengan warna lebih terang. Selain itu, siri HONOR 50 mengetengahkan teknologi eksklusif seperti GPU Turbo X dan Hunter Boost bagi mempertingkatkan potensi cip 778G 5G Qualcomm agar telefon bimbit berkenaan berfungsi dengan lancar dan pantas.

Selanjutnya, HONOR 50 dan HONOR 50 Pro masing-masing dipadankan dengan pengecas pantas 66W dan 100W. Siri HONOR 50 ditawarkan dalam beberapa seleksi warna menarik iaitu Frost Crystal, Amber Red, Emerald Green dan Midnight Black.

Selepas pelancarannya di China, siri telefon pintar ini bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

Terapkan strategi saling sambung pintar untuk HONOR 50 dan bersama-sama membina ekosistem saling sambung di Malaysia

Baru-baru ini, HONOR Malaysia melancarkan beberapa peranti boleh pakai pintar serta siri komputer riba. Empat komputer riba iaitu siri HONOR MagicBook X 15, HONOR MagicBook 15 dan HONOR MagicBook Pro bersama peranti boleh pakai gelang pintar HONOR Band 6 dan jam tangan pintar HONOR MagicWatch 2.

Semua peranti ini akan membantu membina strategi 1+8+N apabila HONOR 50 tiba di pasaran Malaysia nanti.

Sempena jualan HONOR MagicBook X 15, portal e-dagang Shopee HONOR Flagship Store akan mengadakan promosi khas bermula 19 Jun 2021. Mereka yang berminat untuk membeli komputer riba HONOR serta produk boleh dipakai pintar HONOR akan menerima hadiah percuma seperti berikut:

Shopee https://bit.ly/ShopeeMagicBookX15