Telefon pintar dengan spefikasi yang baik dapat membantu anda untuk mudah melakukan pelbagai perkara seperti penstriman langsung dan tugasan dalam talian walau di mana sahaja berada.

Paparan skrin telefon yang luas antara spefikasi yang menjadi salah satu pilihan dalam memilih peranti sedemikian.

Galaxy A02 dan Galaxy A02s dapat memberikan anda pengalaman tontonan tanpa gangguan dengan paparan skrinnya bersaiz 6.5-inci dilengkapi Infinity-V HD+ TFT LCD.

Paparan skrin penuhnya sesuai buat anda yang sedang mencari peranti pintar baharu 4G buat anak-anak untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran dalam talian terutama semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) pada masa ini.

Anda juga dapat menikmati pengalaman menonton semua kandungan dalam talian yang selesa untuk tontonan mata dengan paparan skrin yang luas pada kedua-dua Galaxy A02 dan Galaxy A02s.

Paparan skrin yang luas juga memberi kelebihan untuk penstriman langsung, sesuai buat anda yang gemar melakukan FB Live atau Instagram Live sama ada untuk menjalankan perniagaan dalam talian atau pun berkongsi cerita di media sosial anda.

Galaxy A02 dilengkapi dengan cip pemproses Mediatek MT6739W manakala Galaxy A02s pula dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon SDM450 untuk prestasi yang lebih lancar.

Anda hanya perlu memilih salah satu antara kedua-dua peranti ini mengikut pilihan dan keperluan penggunaan anda.

Jika anda sedang mencari telefon pintar baharu 4G tetapi mempunyai kekangan kewangan, tidak perlu risau kerana Samsung dan Digi kini menawarkan promosi bagi pengguna dalam kalangan B40 untuk mendapatkan Galaxy A02 secara percuma atau dapatkan Galaxy A02s dengan bayaran sebanyak RM95 hanya dengan melanggan pelan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle.

Dengan melanggan pelan prabayar tersebut tanpa terikat dengan kontrak, anda hanya perlu membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM100 dan anda boleh menikmati data internet sebanyak 30GB sebulan dan panggilan percuma tanpa had termasuk data percuma 2GB untuk satu jam setiap hari selama 12 bulan.

Melalui pakej ini anda boleh mendapatkan telefon pintar baharu 4G bersama pelan data internet sekaligus.

Jom rebut tawaran ini dan lakukan pendaftaran sekarang kerana pendaftaran hanya dibuka sehingga 31 Julai 2021. Kini anda boleh mendapatkan telefon pintar dengan harga yang sangat mampu milik untuk anda terus kekal berhubung di mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan menyemak kelayakan anda untuk menikmati tawaran khas Program Jaringan Prihatin, layari https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.