GoCar Sokong Usaha Vaksinasi COVID-19 Menerusi Kerjasama Dengan ADUN Kampung Tunku Apabila Menawarkan Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Kepada Warga Emas dan Golongan Kurang Upaya

Syarikat turut menawarkan penggunaan kenderaan penumpang selama tiga jam pertama secara percuma kepada penduduk di Lembah Klang dan Pulau Pinang

Boleh didapati mulai sekarang hingga 31 Ogos 2021, perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas serta golongan kurang upaya yang tidak mempunyai kereta atau sukar mengakses pengangkutan awam.

Kod promo GOVAX” menawarkan penggunaan tiga jam pertama secara percuma dan hanya sah untuk tempahan pergi-balik di antara 11 Mei hingga 31 Julai 2021 dengan tempahan minimum tujuh jam lebih awal Ahli dan penumpang GoCar boleh menarik nafas lega kerana semua kenderaan GoCar sentiasa disanitasi.

Ketika negara berusaha untuk mempercepatkan program vaksinasi COVID-19, aspek pengangkutan yang selamat sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan sendiri atau mempunyai mobiliti terhad.

Bagi menyokong usaha melawan pandemik ini, peneraju platform perkhidmatan perkongsian kereta di Malaysia, GoCar mengumumkan bahawa ia akan menyediakan
bantuan pengangkutan menerusi program CSR GoVax.

Program GoVax mempunyai dua objektif. Pertama, menyediakan alternatif yang selamat
dan percuma selain pengangkutan awam konvensional untuk perjalanan pergi balik ke
pusat vaksinasi buat penduduk di pasaran di mana GoCar beroperasi iaitu Lembah
Klang dan Pulau Pinang.

Jadi, GoCar akan menawarkan penggunaan kenderaan selama tiga jam secara percuma bagi tujuan janji temu vaksinasi menerusi kod promo “GOVAX”.

Objektif kedua GoVax adalah untuk membantu warga emas dan golongan kurang upaya
yang tinggal di daerah Petaling dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan pergi-
balik secara percuma ke pusat vaksinasi seperti di Hospital Shah Alam, Klinik Rakan
Medik Petaling Jaya dan Sunway Pyramid Convention Centre.

Untuk permulaan, syarikat akan bekerjasama dengan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei untuk menawarkan bantuan kepada rumah-rumah penjagaan orang tua, warga emas dan golongan kurang upaya yang tinggal di daerah Petaling, merangkumi kawasan Petaling Jaya, Subang Jaya, sebahagian Shah Alam dan Kota Damansara.

Populasi mereka yang berusia di Petaling Jaya dianggarkan sebanyak 10 peratus.

“Sejak pandemik bermula, kami sentiasa mencari jalan untuk membantu mengurangkan
impak COVID-19 dengan cara menyediakan penggunaan kenderaan secara percuma ke
pusat penjagaan kesihatan buat barisan hadapan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang pertama.

“Selain memberi lebih penjimatan melalui pelbagai tawaran istimewa kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

“Kini, kami memberi sokongan pula kepada warga emas dan golongan kurang upaya. Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan YB Lim yang sentiasa ingin membantu golongan ini yang berhadapan cabaran untuk bergerak, sekali gus mungkin boleh menghalang mereka daripada mendapatkan suntikan vaksin.

“Faktor utama dalam memastikan kejayaan polisi kesihatan awam adalah keterlibatan.
Warga emas dan golongan kurang upaya adalah kumpulan berisiko tinggi kerana mereka
lebih mudah dijangkiti COVID-19, serta mempunyai kadar kematian lebih tinggi. Malah,
mereka mungkin sukar untuk mendapatkan vaksinasi kerana masalah pengangkutan,”
kata YB Lim.

“Sebab itulah saya teruja untuk bekerjasama dengan GoCar dalam inisiatif GoVax yang
berperanan memastikan golongan berisiko tinggi ini mendapat vaksinasi,” katanya lagi.

Bagaimana warga emas dan golongan kurang upaya boleh mengakses perkhidmatan
pengangkutan percuma GoVax

Perkhidmatan pengangkutan percuma ini memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu kurang upaya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau sukar mengakses pengangkutan awam.

Namun, mereka yang memiliki masalah mobiliti perlu ditemani oleh seseorang yang berpengalaman, sama ada penjaga, rakan atau ahli keluarga.

Untuk menempah perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax, ikuti langkah-langkah
mudah berikut:
● Langkah 1: Pastikan temu janji vaksinasi telah disahkan oleh kerajaan. Notifikasi
akan diberi menerusi aplikasi MySejahtera dan SMS
● Langkah 2: Hubungi pasukan GoVax sekurang-kurangnya tiga hari sebelum temu
janji vaksinasi dengan menelefon hotline 24/7 di talian 1 300-30-2633.

Slot adalah terhad dan akan diberi berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat. Anda akan diminta untuk memberikan nama, nombor IC, nombor telefon bimbit dan alamat bagi tujuan pengesahan serta koordinasi lokasi

● Langkah 3: Individu daripada pasukan GoVax akan menghubungi anda untuk mengesahkan masa perkhidmatan pengangkutan percuma berdasarkan kepada slot yang ada
● Langkah 4: Bersedia sekurang-kurangnya setengah jam sebelum masa anda dijemput bersama kad pengenalan dan telefon pintar sebagai bukti pengesahan temu janji vaksinasi
● Langkah 5: Ulang langkah 1-4 untuk temu janji kedua vaksinasi anda

Mereka yang sudah menerima suntikan vaksin pertama layak untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax bagi suntikan kedua. Apa yang perlu mereka lakukan ialah ikuti langkah 1-4 untuk menempah dan ingat bahawa slot adalah terhad.

Perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax boleh didapati mulai sekarang hingga 31
Ogos 2021.

Menebus kod promo “GOVAX”

Kod promo “GOVAX” menawarkan penggunaan percuma untuk tiga jam pertama dan hanya sah bagi tempahan pergi balik di antara 11 Mei hingga 31 Julai 2021 dengan tempahan mestilah dibuat minimum tujuh jam lebih awal.

Ahli GoCar boleh menebus penggunaan tiga jam secara secara percuma ini (tidak termasuk SST) dengan hanya memasukan “GOVAX” pada ruangan “Apply Promo Code” dalam aplikasi mudah alih GoCar sebelum keluar.

Mereka yang tidak mempunyai keahlian GoCar perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memuat turun aplikasi mudah alih GoCar. Yuran keahlian sebanyak RM20 yang tidak dipulangkan akan dikenakan untuk tempahan pertama.

Keahlian terbuka kepada sesiapa yang berusia 18 hingga 75 tahun yang mempunyai:
1. Lesen memandu P / lesen memandu penuh yang sah / Permit Memandu Antarabangsa
2. Kad Kredit / Debit
3. Nombor telefon Malaysia / Singapura / Indonesia

Memastikan keselamatan semua dengan sanitasi yang kerap

Mereka yang bimbang tentang keselamatan boleh menarik nafas lega kerana semua kenderaan GoCar menjalani sanitasi setiap hari pada titik sentuhan, termasuklah di semua kawasan yang sering disentuh.

Sebagai tambahan, kawasan yang sentiasa disentuh seperti hendal pintu pada kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax akan dibersihkan selepas setiap perjalanan, sebelum penumpang menaiki kereta.

Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar dan program CSR GoVax CSR, muat turun aplikasi mudah alih GoCar atau layari laman web: http://bit.ly/GoVax_FreeShuttle,