Maxis pembekal perkhidmatan awan pertama di Malaysia menawarkan penyelesaian BaaS daripada Commvault

Keselamatan siber amat penting dan perlindungan data serta storan telah menjadi satu keutamaan untuk sebuah perniagaan. Maxis mengukuhkan posisi sebagai sebuah syarikat
telekomunikasi terkemuka dengan perkhidmatan awan pertama yang menawarkan Back-up
Sebagai Perkhidmatan (BaaS) di Malaysia yang terbukti amat tangkas.

Ia diuruskan oleh Commvault dan disimpan dalam Micosoft Azure yang mudah untuk digunakan. Ini adalah perkhidmatan perlindungan data pertama yang akan dilancarkan oleh Maxis bersama Commvault, sebuah syarikat yang terkemuka dalam pengurusan data dan maklumat.

“Melalui tawaran yang serba unik ini, kami ingin memberikan pelanggan jaminan bahawa data mereka dilindungi dan mematuhi piawaian industri. BaaS Maxis tidak memerlukan sebarang pelaburan atau pembelian perkakasan, membuatkan ia mudah buat pelanggan untuk mentransformasikan peniagaan mereka secara digital tanpa sebarang pengeluaran kos.

Claire Featherstone

Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terunggul, matlamat kami adalah untuk membekalkan perkhidmatan dari hujung ke hujung kepada pelanggan agar mereka sentiasa dihadapan dalam dunia yang sering berubah,” kata Claire Featherstone, Ketua Pengamalan Perusahaan Maxis.

“Penawaran Commvault BaaS direka sebagai backup, untuk simpan dan memulih data dalam awan dan Maxis adalah salah satu pembekal perkhidmatan terbaik di Malaysia.

Pengumuman pada hari ini menggabungkan kedua-dua teknologi perusahaan dengan pengurusan pembekal perkhidmatan yang terbaik untuk membantu organisasi untuk membawa perniagaan ke awan tanpa sebarang kerumitan atau risiko tadbir urus.

Saya menantikan kerjasama ini, di mana kami akan memberikan pelanggan kami di Malaysia perlindungan data yang terbukti dalam bidang perusahaan,” kata Rachel Ler, Naib Presiden & Pengurus, Commvault APJ.