Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, Hematuria Detection adalah penyelesaian canggih yang membolehkan pengesanan awal penyakit urinari kucing di rumah.

Royal Canin terus menjadikan dunia lebih baik bagi haiwan peliharaan dengan memperkenalkan Hematuria Detection buat pertama kali di Malaysia. Hematuria Detection ini adalah butir-butir kecil yang membolehkan pengesanan awal darah mikroskopik di dalam air kencing kucing dan dapat dilakukan di rumah.

Dr. Kavindaran Krisnasamy, Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia yang juga merupakan seorang doktor veterinar, berkata:“Hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing bahagian bawah kucing (FLUTD).

Ia mungkin menunjukkan keadaan dalaman yang serius. FLUTD biasanya berlaku dalam kalangan kucing dewasa berusia muda hingga pertengahan umur tetapi ia juga boleh dihidapi kucing tidak kira usia, jantina atau baka disebabkan pelbagai punca kemungkinan.

Disebabkan sifat atau tabiat semula jadi, kucing adalah haiwan yang pandai berahsia dan
sering menyorok petanda penyakit atau kesakitan. Lazimnya pemilik hanya dapat mengetahui penyakit kucing pada tahap kritikal, yang mungkin sudah terlambat atau sukar bagi kucing untuk menerima rawatan.

Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah penting bagi kesejahteraan kucing.”

Dalam kebanyakan kes, kewujudan darah di dalam air kencing tidak mudah dikesan dengan mata kasar.

Secara tradisional, doktor veterinar mengesan FLUTD menerusi sampel air kencing (yang harus didapati ketika kucing sedang membuang air kecil) atau menerusi pemeriksaan fizikal.

Proses-proses ini boleh memberi tekanan kepada pemilik dan kucing. ROYAL CANIN® Hematuria Detection, produk yang dipreskripsi oleh doktor veterinar ini adalah mudah
untuk digunakan tanpa menganggu rutin harian kucing atau menyebabkannya tertekan.

Semua pemilik haiwan peliharaan boleh mengikuti tiga langkah mudah ini:

1. Tabur: Tabur secara rata butir-butir putih di atas pasir kucing dan tunggu sehingga kucing anda membuang air kecil.
2. Periksa: Selepas itu, periksa bekas pasir kucing tersebut. Jika butir-butir tadi berubah warna dari putih kepada biru dalam beberapa saat, ini menunjukkan air kencing kucing mengandungi darah dan berkemungkinan kucing anda menghidapi FLUTD.
3. Dapatkan nasihat:Hubungi doktor veterinar jika butir-butir itu berwarna biru bagi mengesahkan keputusan dan menentukan langkah seterusnya.

Teknologi inovatif di dalam Hematuria Detection menjadikannya produk yang boleh dipercayai kerana ia membolehkan pengesanan mikrohematuria, iaitu bilangan darah yang kecil di dalam air kencing yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar.

Produk ini didatangkan dalam dua uncang seberat 20g untuk setiap satu, mengandungi butir-butir yang mudah untuk disimpan oleh pemilik haiwan peliharaan.

Dibangunkan dengan teknologi dari Blücare Lab, pembangun ujian biomarker dari Kanada untuk kucing dan anjing, Hematuria Detection diperbuat daripada formula yang selamat bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik haiwan peliharaan ketika menggunakan produk tersebut.

Produk ROYAL CANIN® Hematuria Detection boleh didapati di klinik-klinik veterinar dan hanya melalui prekripsi oleh doktor veterinar. Penyelesaian di rumah ini membolehkan pemilik haiwan peliharaan dan doktor veterinar bekerjasama untuk mengurus kesihatan haiwan peliharaan mereka dengan lebih baik.

Ini sangat penting kerana penyakit berkaitan urinari sering berulang. Kajian menunjukkan bahawa 50% kucing yang didiagnos dengan FLUTD mengalami simptom berulang dalam tempoh setahun mereka didiagnos.

Oleh itu, pemilik kucing disarankan untuk melakukan pemantauan dengan lebih kerap.
Pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan supaya memberi perhatian teliti terhadap kucing mereka terutama selepas dimandulkan.

Sementara pemandulan mempunyai manfaat besar bagi kucing, ia juga penting bagi pemilik haiwan menyediakan nutrisi yang sesuai selepas kucing dimandulkan bagi mengelak masalah seperti isu-isu penyakit saluran kencing, obesiti, dan sakit sendi.

Pasca pemandulan, metabolisme kucing akan berubah. Perubahan diet diperlukan bagi memastikan kucing berkenaan memperoleh keseimbangan nutrisi yang tepat dan mengekalkan berat badan yang ideal dan pada masa sama, mengekalkan jisim otot yang baik.

Sebagai pakar di dalam nutrisi haiwan peliharaan, Royal Canin memahami keperluan haiwan peliharaan bagi memastikan mereka sihat dan memiliki kehidupan bahagia. Inilah sebabnya mengapa Royal Canin memperkenalkan FHNSterilised yang secara khusus memenuhi keperluan kucing dimandulkan, termasuk membantu mereka mengekalkan sistem urinari yang sihat.

ROYAL CANIN® FHN Sterilised adalah tinggi dari segi kandungan protein dan diperkayakan dengan L-Carnitine bagi memenuhi keperluan nutrisi kucing dewasa yang telah dimandulkan.

Bagi memberi lebih pilihan dan memenuhi selera setiap kucing, Royal Canin telah memperkenalkan ROYAL CANIN® Sterilised Wet Pouch, makanan basah untuk si kucing. Ini adalah pilihan tambahan kepada makanan kering yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Makanan basah dan makanan kering yang menyelerakan ini diformulasi bagi menyediakan diet dengan nutrisi optimum untuk kucing mengikut keperluan dan gaya hidup mereka.

Makanan kering dan makanan basah ROYALCANIN®FHNSterilised boleh diperoleh di kedai haiwan yang sah dan kedai dalam talian rasmi Royal Canin Malaysia di Shopee dan Lazada.